Dah 2 hari berturut-turut, aku melayan cerita Naruto. Sampai sakit kepala plus rasa kosong. Haha... Itulah penangan media. Aku tak salahkan siapa2. Salah sendiri pun. Siapa suruh start tengok. Bila tak kuat iman dan tengok cerita yang tiada langsung membawa kita kepada mengingati tuhan sangatlah bahaya. Silap2 pegangan kamu sebelum ini goyang. Nampaknya kena boost balik imannya.
Lagipun aku tengok sebab ia membuatkan aku teringat kepada seseorang. Hurm... Dia sudah takda. Dia dah tenang kat sana. Jadi jangan terkenang lagi kenangan silam. Hargai orang yang masih hidup dan masih ada disisi kamu. (Gara2 buka pendrive kepunyaan dia... Haish)...
Walaupun pada pandangan saya, banyak juga controversi dalam cerita Naruto tapi cerita ini ada juga selit sedikit pengajarannya. Dan pengajaran terbesar yang aku dapat ialah kepentingan mengetahui siapa diri kita dan kenapa kita ada di dunia ini. Adakah aku berada di muka bumi ini kerana aku memang tiba2 berada disini secara kebetulan? atau Adakah kerana aku ditugaskan untuk membuat kerosakan di muka bumi ini? atau sekadar hidup untuk puaskan nafsu sepanjang masa? Kenapa aku berpendapat begitu? Rata2 shinobi dalam cerita Naruto kelihatan seperti tiada arah tujuan hidup. Mereka melakukan perkara yang dalam fikiran mereka betul walaupun sememangnya pada zahirnya benda tu tak patut mereka lakukan. Banyak contoh kita boleh dapat dalam cerita tu. Contohnya, cari sendiri. (ngeee)
Jangan kamu fikir yang kita hidup di dunia ini tanpa sebarang tujuan. Tidak sebegitu mudah kamu berada di muka bumi ini. Sebelum kamu dilahirkan lagi, kamu telah berjuang untuk hidup dengan berlumba bersama berjuta-juta sperma demi menawan sebiji telur. Dan kamu dah berjaya melepasi halangan tersebut. Jika tidak masakan kamu boleh membaca tulisan saya sekarang. Adakah begitu mudah sekali kamu katakan kamu hidup di dunia hanya sekadar suka-suka dan bergembira?
Ada tujuan kenapa kamu hidup di dunia ini. Di dunia inilah kamu bercucuk tanam supaya di akhirat kelak kamu dapat menuai hasil tanaman kamu. Dalam tanaman kamu juga, kamu kena berikan baja yang berkualiti tinggi supaya tanaman kamu gemuk2 dan sihat sebelum dituai.
Begitu juga dengan hidup kita. Di dunia ini kita perlu memaximumkan ibadah kita. Beribadat kerana Allah. Berkawan kerana Allah. Makan kerana Allah. Semua perbuatan kita yang baik adalah ibadat jika kita niatkan kerana Allah. Selain itu, ikhlas juga penting. Buatlah segala perkara yang Allah suruh dan tinggalkan segala laranganNya. Di akhirat kelak, kita akan menuai hasil dari segala perbuatan yang kita pernah lakukan di dunia dahulu. Ingatlah, segala perbuatan baik ada sahamnya tersendiri begitu juga perbuatan jahat. Jika kita pernah buat jahat dengan orang, adalah balasannya tersendiri yang kamu harus terima atas perbuatan kamu.
Bila tengok keseluruhan cerita Naruto, aku merasa yang aku kira bertuah diberi kefahaman Islam. Sekurang-kurangnya dalam kotak fikiranku berlakunya peperangan pendapat bila tengok cerita Naruto untuk berfikir adakah Islam mengajarku sebegitu? Berbeza dengan aku di masa dahulu yang mengambil segala yang aku nampak secara bulat2 tanpa fikirkan sesuatu disebaliknya. Ada sahaja nilai2 yang baik boleh diambil tapi perlu ditapis sebaik mungkin.
Nampaknya kena stop sekejap dari tengok cerita Naruto. Aku kena dahulukan perkara yang aku patut buat tiap2 hari. Sebab aku sendiri tak tahu berapa lama lagi aku akan hidup. Aku takut ketika aku asyik melayan cerita Naruto, malaikat maut datang menjemputku dan aku pergi dengan bekalan yang tak seberapa. Nauzubillah min zalik. Minta dijauhkan.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe