Friday, June 29, 2012

Tips pemilihan software yang sesuai


Disini nak kongsikan sedikit petua pemilihan software untuk komputer anda. Bagi saya yang suka mencuba software baru dan percuma, saya suka download software dari cnet.com. Disitu terdapat bermacam jenis software yang percuma dan ada yang jenis berbayar. Kita boleh pilih software yang kita mahu mengikut kesesuaian komputer kita.

Sebelum kita download, kita perlu baca review pengguna sebelum ini dahulu. Tidak bermakna yang ramai orang mendownload software tersebut menunjukkan sofware tersebut bagus untuk digunakan. 

Sebagai contoh, saya mahu mencari sofware uninstaller yang free untuk komputer saya.
Pada mulanya saya akan lihat di list macam dibawah ini dahulu.
Saya mahu lihat bilangan software terbanyak di download.


Setelah melihat list tersebut, saya akan lihat satu persatu dan memilih yang terbaik.
Saya akan mulakan pencarian dengan Advance Uninstaller Pro. Anda boleh rujuk di [sini]
Saya akan membaca cnet Editors review dahulu untuk melihat sejauh mana fungsi dia.
Seteleh selesai membaca review, saya akan lihat review dari pengguna dari comment box dibawah.
Ada software yang cnet Editor bagi review best2 tapi bila pengguna download dan cuba install,
terdapat masalah dalam software tersebut. Jadi, komen pengguna sangatlah penting supaya software yang kita download itu tidak membawa masalah yang sama seperti pengguna yang lain. Jika software tersebut kelihatan bermasalah, dinasihatkan supaya jangan download dan teruskan mencari.

Saya akui cara ini kelihatan rumit. Katanya nak dapatkan software yang bagus2 tanpa keluarkan wang kenalah usaha sikit. Kena baca description betul2. Kadang2 software yang kita temui nampak bagus dan perlu keluarkan wang untuk menggunakannya juga.

P/s : Seronok jalan2 kat cnet.com . Untuk software uninstaller yang free dan bagus, saya recommend anda untuk menggunakan Revo Uninstaller. Anda boleh refer di [sini] untuk mengetahui detail yang terperinci tentang Revo Uninstaller.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe