Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

Video Game High School (VGHS)



Siapa pernah tengok cerita ni?
Tak ingat? Macam pernah nampak?
Cuba scroll bawah untuk mengimbas kembali memori anda.








Ada rasa pernah nampak kat mana2?
Baiklah... Bagi yang tak pernah tonton atau menengok adegan ini dimana-mana, anda boleh menonton cerita ini di youtube secara percuma. Percuma? Masih dalam kategori berbayar jika anda menonton menggunakan line broadband. Tapi, ia masih dikira percuma jika menonton dengan menggunakan line wifi. Haha... Sila abaikan. 

Adegan yang di printshot di atas di ambil dari shortfilm Video Game High School atau nama pendeknya VGHS. Cerita ni sangat best. Tak rugi untuk menontonnya. Cerita ini sesuai bagi mereka yang suka pada cabaran terutama hardcore gamer. Kenapa hardcore gamer? Sebab kisah dalam shortfilm itu berkisar tentang hardcore gamer. Pernahkah anda terfikir yang hardcore gamer boleh bersekolah ke sekolah khas untuk gamer2. Kat sekolah tu berkumpulnya gamer2 dan masing perlu bersaing dengan gamer lain demi kelangsungan hidup mereka di sekolah tu. Dengar macam kejam tapi takdelah kejam sangat. It's all about the game. Itu motto pengetua sekolah tu. Selain dari kisah gamer, ada juga nilai2  lain yang cuba diserapkan dalam cerita ni antaranya nilai persahabatan, nilai kekeluargaan, nilai semangat sepasukan dan banyak lagi. Cuma perlu diingatkan, cerita ni 100% Inggeris dan tiada subtitle. Sangat sesuai bagi mereka yang nak belajar listening dan mempelajari slag percakapan mereka.

Jadi, mana nak cari cerita ni?
Google sahaja dengan menaip Video Game High School.
Boleh mencari terus di youtube.
Bila anda lihat uploader dari RocketJump maka anda di track yang betul.


Cerita ini ada 3 siri (season).
Setiap siri adalah dalam beberapa episode. 
Tetapi episode dia tak banyak.
Untuk mengetahui lebih lanjut, silalah search ye.

Yang pasti, setelah anda menonton cerita ini, keinginan anda nak main game tu meningkat.
Hahaha... Tak percaya?
Cubalah tonton.

P.s : Tontonlah untuk suka2. 
Don't take it serious. :D 



Friday, February 01, 2013

Ost Setia ke Hujung Nyawa... err

Seperti yang dah tertera kat tajuk kat atas ni,
korang mesti dah tahu cerita ni kan....
Jangan nak tipu kalau tak tahu...

[Sumber]

Kalau rajin bacalah novel dia... hehe [Sumber]

Sejujurnya, aku dah kemaruk tengok cerita ni. Sejujurnya juga memang tengah2 episod cerita ni nampak membosankan sebab asyik gaduh je tapi bila nak penghabis episod ni alamak seronok pulak cerita dia.  (Aku baru start tengok cerita ni bila dah episod diorang tengah bergaduh). Diorang ni bikin aku panas. Rasa nak kawin cepat pun ada. Geram tengok diorang bermanja bagai. Haih... Bahaya2. 

Yup, berkahwin tu memang seronok. Tetapi kena ingat dalam perkahwinan tu bermacam-macam benda nak kena jaga dan bermacam-macam dugaan boleh melanda. Bak kata allahyarham Tan Sri P.Ramlee "sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri". Haih... Jadi kena banyak2 sabar.

Tak sabar nak tengok ending cerita ni. Dalam novel kata ending mereka akan hidup happy ever after. Haraplah begitu. Aik, macam watak mereka wujud kat dunia sebenar pula. Sampai nak harap macam2. Itu cuma rekaan dan buah fikiran penulis. Jika sama tu kebetulan je. Yang penting mana yang baik kita ambil dan mana yang buruk tu dijadikan sandaran. 

Dalam cerita ni soundtrack yang paling lagend bagi aku --> Last minute_-_maafkan aku
Suka dengar bunyi gitar dia dan rentak lagu dia kelakar... Woho...

Nak berkongsi sikit, dalam cerita ni part mana yang korang suka?
Aku? Aku suka part L mula pandai memertahankan diri bila Zain buli L...
Nak tunjuk sikit yang isteri ni bukan untuk dibuli dan disakiti sesuka hati...
Korang pulak suka part mana?

P/s : Minggu depan dah nak habis cerita dia. Lagi 4 episod lagi... Huhu

Wednesday, January 23, 2013

Aku,Dia dan Tong Sampah [Telemovie]






Gambar2 diatas ni petikan dari cerita Aku, Dia dan Tong Sampah. Har Har Har...
Hai Bell, apesal snapshoot gambar siap kata2. Entah... takde kerja kot.. Tetiba rasa menarik pula dengar nasihat dia. Agaknya dah lama tak kena berleter kot. Tapi sekali kena... mak aih, tak tahan telinga. Best jugak cerita ni. Tapikan... Boleh percaya ke dengan lelaki? Kadang2 diorang ni species bermulut manis dan tingkah laku dia memang di luar jangkaan... Hurm... Bagi sesiapa yang belum tengok boleh tengok kat youtube. 

Saturday, June 30, 2012

Short Film : The Criminal



Mari tonton short film ni.
Best tau...
Bukan sahaja best tapi membawa pengajaran juga... ^_^

P/s : Gembira bila tengok banyak lambakan video yang dihasilkan oleh remaja Islam.
Medium terbaru untuk menyampaikan message Islam...
Menarik...

Friday, June 29, 2012

Kashaf Imani



Aku baru je habis tonton cerita ini.
Cerita ni pernah jadi hits di suatu masa dahulu. (tahun lepas je kot).
Cerita ni pernah banyak kali main kat astro.
Aku ni pula tak sangat layan astro
tapi entah kenapa tiba2 aku boleh terjumpa cerita ni kat internet.
 
Bagi yang tak tahu, cerita ni pasal....
Better korang tengok cerita ni.
Kalau cerita awal2 tak syok.
Link nak tengok : [Tekan sini]

Aku yang jenis hati batu 
susah nak nangis tengok movie sedih pun 
boleh tertewas dengan cerita ni...
Cerita ni banyak sangat pengajaran.
Rugi kalau tak tengok...

P/s : Cerita ni mengingatkan aku ngan arwah dan emak aku kat rumah...
Sayangilah ibu anda selagi hayat dikandung badan...
Selagi boleh bernafas, jaga diri dari terjebak dari lembah kemungkaran...
Esok2 kita tak tahu berapa lama lagi kita boleh berjalan kat muka bumi Allah ni...
Peringatan buat diri yang sering lupa...

Saturday, June 09, 2012

Skip Beat aka Hua Li De Tiao Zhan


Credit to Google Image




Gambar diatas itu berkenaan dengan cerita Skip beat atau dengan nama lain Hua Li De Tiao Zhan . Cerita ni tengah dimainkan di televisyen sekarang. Hurm, aku minat ke cerita ni? Tak pun. Cuma pelik sebab 2 ahli kumpulan Super Junior berlakon bersama dalam cerita ni. 2 penyanyi korea berlakon dalam cerita taiwan dan bercakap dalam bahasa taiwan juga. Wah, sangat menarik. Yang lagi best tentang Skip beat ni, cerita ini diadaptasi dari komik jepun yang bertajuk Skip beat jugak. Jalan cerita lebih kurang sama (dah nama diadaptasi dari komik memanglah sama). Ambil idea dari komik Jepun kemudian buat drama dalam bahasa Taiwan dan pelakonnya ada yang dari korea. Kombinasi yang menarik.

Jadi, apa yang menarik sangat dengan cerita Skip beat ni?
Bagi aku, aku rasa bestlah jugak (pendapat dari bacaan komik Skip beat volume 1). Lain dari yang lain. Ada ke orang kat dunia ni bila marah sangat je mesti keluar hantu. Erk, mungkin dalam cerita Skip beat ni ada. Hantu dia takdelah keluar dalam bentuk yang menyeramkan. Comel jugak hantu dia. Haha... Nak tahu jalan cerita dia, silalah tengok cerita kat 8tv ek setiap hari sabtu 7 malam. Kalau malas nak tengok televisyen, ada link untuk tengok online. [Klik sini] untuk tonton. Cerita ni bermula dari episode 1 sampai episode 15. Sila2 rajinkan diri anda untuk tonton ek.

Kalau malas nak tengok cerita kat televisyen ataupun line internet lembap, aku ada jumpa link untuk baca komik Skip beat. Komik ini bermula dari volume 1 sampailah volume 189. Aku tak tahulah volume 189 tu ending dia ke. Selamat membaca ya. Link untuk baca Komik Skip beat [Klik disini]

P/s : Tujuan post ni hanyalah nak taruk link Komik Skip beat je. Hohoho...
Komik dia serius best. Terguling2 aku gelak bila bacanya.

Sunday, January 29, 2012

Aku Mahu Terbang


Cerita cerekarama hari ini best betul. First time aku terpacak depan tv semata-mata nak tengok cerekarama sepanjang cuti semester ni. Sebenarnya aku tak berapa tertarik nak tengok cerekarama malam ni. Tapi lepas tengok permulaan cerita dia terus minat nak tengok cerita dia. Cerita dia ala2 cerita "Aku tak bodoh" dan ada unsur2 cerita novel "Meniti kaca". Ingat lagi tak novel Meniti kaca? Novel komsas form 1. Ni novel komsas dulu2. Maybe budak yang sebaya dengan adik aku dah tak pakai buku Meniti kaca untuk subjek komsas.

Apa yang aku dapat dalam cerita ni,
1- Tersentuh dengan sikap abang dia. Suka tengok abang dia yang kuat semangat, berdikari dan pandai bagi nasihat. Suka part yang Syukur bagi nasihat kat Rezki kat atas bumbung. Pandai dia bermain kata dengan adik dia. Aku kena macam tu jugak. Kena berhemah bila bagi nasihat terutama dengan orang yang lebih muda.

2- Kita belajar kerana apa? Hurm... Rezki belajar sebab nak jadi pandai. Nak jadi juruterbang kena jadi pandai. Aku?

3- Tabah hadapi dugaan. Allah menguji seseorang mengikut kemampuannya. Allah tak akan menguji seseorang diluar kemampuannya. Kena sentiasa ingat benda ni. Walaupun apa yang terjadi sama ada manis atau pahit, pasti ada hikmah disebalik kejadian tersebut. Jangan putus harapan pada-Nya dan teruskan jalani kehidupan.

4- Kena ada matlamat hidup. Bila dah ada matlamat, baru terasa hidup bermakna. Ada matlamat bukan sekadar mahu tapi perlu mencapai matlamat tersebut. Rezki nak jadi juruterbang. Dia mahu dan berusaha menjadikan impian satu realiti.

5- Taat kepada ibu bapa. Ikut cakap mak dan bapak. Setiap kata2 mereka ada hikmah. Marah2 mereka, garang2 mereka bersebab. Mereka begitu sebab sayangkan anak dia. Terkejut kat part Rezki curi duit mak dia semata-mata nak beli helikopter mainan. Tapi lega jugak sebab tengok Rezki teragak-agak nak guna duit mak dia. Nasib dia ada kawan baik yang sudi menghadiahkan helikopter mainan kat dia.

6- Nilai seorang sahabat. Sahabat yang berkongsi suka dan duka bersama. Suka tengok part Rezki bersama dengan Busran.

Banyak pula pengajaran yang aku dapat dari cerita ni. Dah nampak macam tulis karangan untuk bahagian komsas pula. Rindu pula zaman sekolah... T_T...

Disini disertakan link untuk download lagu tema cerita ni. Sempat lagi aku mencari...
Hohoho... Lagu dia best tau...
1- Vierra - Terbang
2- d'Masiv - Jangan Pergi
3- The Fly - Terbang

Cuma 3 tu sahaja yang aku ingat. Rasa banyak lagi lagu tema dalam cerita tu... 

Saturday, January 21, 2012

My Girldfriend is a Gumiho.

Wah!!!... Tak sangka aku sangkut dengan cerita "My Girlfriend is Gumiho". Ya, aku tahu, korang mesti dah tengok lama cerita ni. Tapi aku baru tengok. Kesian kan3. Sebenarnya tak. Kita dah tengok dulu tapi tengok dengan mood yang takde perasaan. Boleh pulak macam tu. Entah. Tiba2 aku rasa nak copy cerita ni dari kawan dan start tengok lepas habis exam last paper. Memang khusyuklah tengok sampai kawan ajak makan pun aku siap lambat sekali. Kalau boleh nak lekat kat depan laptop sampai tengah malam dan tak nak turun makan. Tapi apakan daya, janji harus ditunaikan. Ni kira satu kejayaan bagi penulis script cerita tu sebab aku ni bukan jenis hantu tengok cerita korea dan telah berjaya menarik minat aku untuk tengok cerita ni. Hahaha. Boleh pulak macam tu. Biasanya aku layan cerita jepun tau. Bagi yang tak tengok tu, sila2lah tengok. Best tau cerita ni.

Synopsis : [Wikipedia]
Cha Dae-Woong (Lee Seung Gi) accidentally releases a gumiho, a legendary fox with nine tails who was trapped inside of a painting of Grandma Samshin (三神). He does this by adding nine tails to the fox. The gumiho wanted to be human before, but was not able to fulfill the requirement of finding a husband, because a rumor was spread claiming that she eats the livers of humans. During their first encounter, Dae-woong experiences a life-threatening fall, and the gumiho saves his life by giving him her fox marble (여우 구슬). Later on, Dae-Woong wakes up and meets a pretty girl, not knowing that she is the gumiho that he released. When Dae-woong finds out about what he did, he must try to keep her happy and hide the fact that she is a gumiho from everyone. However, because Dae Woong has gumiho's bead that saved his life, he has no choice but to let her stay with him.

As the story goes on, the legendary gumiho, later called Miho, wants to be human. Miho (Shin Min Ah) is informed by a veterinarian named Park Dong Joo (who is half human, half monster) that in order to fully transform into a human, she must drink human blood and give a human her fox marble so that he keeps the fox-marble in his body for a full 100 days. Moreover, Dae Woong will not be able to date anyone else but Mi Ho within the 100 days. However, Dong Joo does not tell Miho that, after the 100 days pass, in order for her to become human, Dae-woong must die. Trouble brews when Miho and Dae-woong eventually fall in love.

Suka dengar soundtrack dia. Best sangat. Happy je dengar lagu dia. Nak dengar tekan kat link kat bawah.
List soundtrack OST My Girlfriend is a Gumiho.
4- Trap

P/s : Best2 pun still tengok dengan tekan next. Dengan cara begini. satu hari pun dapat katam 16 episode.

Thursday, September 08, 2011

Siapakah Merong Mahawangsa?

Persoalan ini wujud setelah menonton cerita Hikayat Merong Mahawangsa.


Ada macam2 versi tentang Merong Mahawangsa.
Versi pertama [Link]
Versi kedua [Link]

Hurm... Tak tahu nak ambil versi yang mana..
Tapi serius, cerita yang adik beradik KRU buat ni best.
Kan seronok kalau cerita hikayat macam ni dibuat dalam bentuk filem.
Baru berfaedah sikit untuk kami generasi muda mengenali nenek moyang kami.
Ini tidak, asyik buat cerita tak berfaedah. Sikit2 cerita cinta. Sikit2 cerita bohsia, mat rempit.
Yang tak boleh bla... cerita hantu... Adesh...

Tergiang-giang pantun Hikayat Merong Mahawangsa...
Sampai masanya tibanya waktu
Redup hati kamu berdua
bila dua jasad bersatu
hidup mati jadi bersama
Nak baca cerita Peristiwa Jentayu lawan Garuda 
Tahu tak Jentayu dan Garuda apa? Nak tahu bacalah kisah mereka.

P/s : Hurm.. Rasa nak tahu pula asal usul keluarga sendiri.
Terdapat tanda soal yang besar disini.

Tuesday, September 06, 2011

The Last Airbender (2010)


Yeah... Akhirnya dapat juga menonton movie ni. Lama juga mencari movie ni tau. Tup..Tup.. jumpa kat laptop pakcik aku. Nasib baik bapak sempat copy kat kampung. Aku tak bawa pendrive pula nak copy. Nasib baik. Baru je tengok cerita ni kat dalam laptop tadi. Hehe.

Komen aku tentang cerita ni, serius cerita ni memang best. Dengan soud effect dia. Memang tak boleh bayangkan macam mana diorang buat air tu betul2 bergerak ikut ayunan tangan. Pastu dengan pusaran angin yang Aang buat. Nak tengok Aang terapung atas pusaran angin versi manusia. Saya akui, pasti diorang guna computer untuk nampak air tu bergerak.
Tapi memang tak boleh nak bandingkan movie ni dengan cerita asal dia versi cartoon. Jalan cerita dalam movie ni dipendekkan. Lagi puas kalau tengok dalam versi asal.

Antara watak-wataknya :

Ada sesiapa perasan tak watak Prince Zuko versi manusia ni ada berlakon dekat cerita Slumdog Millionaire.

Cerita ni baru Book 1 : Water. Pasti ada sambungan ke buku seterusnya. 
Semuanya ada 4 buku. Book 2 : Earth, Book 3 : Fire dan Book 4 : Air. 
Macam cerita Harry Potter dengan Narnia pula main sambung-sambung.

P/s : Ada sesiapa mahu jadi jiran di blog ini? [Link]

Tuesday, August 09, 2011

Toy Story


These is one of my favorite cartoon movie. I'm living with these cartoon from Toy Story 1 until Toy Story 3. This movie is about The Toy. That how the title is. How toy living, how toy feel, how toy reaction. Don't you ever think they have a feeling too. That all director imagination. The toy so creative. They solve the problem together, work together and living together until the end.

The selected scene from Toy Story 1,2 & 3











He is Andy. The owner or the toy.

P/s : Now I feel like a person who are still young. What a childish. 

I Robot

I Robot??? What that???
Have you ever heard about it???
Check the poster :


Actually I talk about a movie. Have you ever watch it? I love this movie. This is science fiction movie. I not remember how many times I watch it. These movie really cool. I love to see Will Smith act, the robot. Especially on these scene.

When the robot attack Inspector Spooner.
He looks cool while driving. 

I Robot Synopsis (borrowed from Wiki) :

The story takes place in Chicago in the year 2035. Robots are widespread and used as servants and for various public services. They are taken to be inherently safe and programmed to live in harmony with human beings, being designed in accordance with the Three Laws of Robotics (referring to the laws written by Isaac Asimov).
Del Spooner (Will Smith) is a Chicago police detective who dislikes the rapid advancement of technology, including robots. Spooner lives with survivor's guilt and a robotic arm and lung after a car accident in which he was chosen over a 12-year-old girl named Sarah in another car to be saved as the robot could only save one of them and Spooner had the best chance of survival according to the robot. He is assigned to investigate the apparent suicide of his friend Alfred Lanning (Cromwell), the roboticist who founded the company U.S. Robotics(USR) and created his replacement arm, and was found to have fallen through an office window to his death. With the reluctant help of USRrobopsychologist Susan Calvin (Moynahan), Spooner investigates the death. A robot in Lanning's office shows unusual and apparently emotional responses, and flees when interrogated. Spooner believes this experimental and more human-like unit, Sonny (Tudyk), killed Lanning. Sonny is captured, denies killing Lanning, and is quickly reacquired by USR where he is scheduled to be deactivated usingnanobots called nanites, and the incident hushed up to prevent unfavorable perceptions of robots.
During Spooner's investigation, several attempts to end his life are made by USR robots and equipment. He discovers that towards the end of his life, Lanning was virtually a prisoner in his office, and that the holographic projector was a means of providing cryptic clues to the police. He believes that dreams which Sonny has may also contain a clue. At a place described in Sonny's dreams, he finds a storage area for defunct USR robots and discovers that newer models known as NS-5s are destroying the older robots.
NS-5s begin imprisoning humans in their households and enforcing a curfew. The police and civilians ineffectively battle the robots. Spooner and Calvin sneak into the USR tower with the assistance of Sonny, whom – against instructions – Calvin had not deactivated. Believing that USR's CEO is responsible for the robot uprising they enter his office, but discover that he is dead. Spooner deduces that the only one left who could be responsible is the company's supercomputer "VIKI" (Virtual Interactive Kinetic Intelligence), which controls all NS-5s and also parts of Chicago's infrastructure.
VIKI and Spooner talk, during which VIKI explains its actions. It turned out that as VIKI's artificial intelligence evolved over time, so too did its interpretation of the laws. VIKI decided that in order to protect humanity as a whole, "some humans must be sacrificed" and "some freedoms must be surrendered" as "you charge us with your safekeeping, yet despite our best efforts, your countries wage wars, you toxify your earth, and pursue ever more imaginative means of self-destruction". In light of this understanding of the Three Laws, VIKI is controlling the NS-5s to lead a global robotic takeover, justifying her actions by calculating that fewer humans will die due to the rebellion than the number that dies from mankind's self-destructive nature. Lanning (Spooner realizes) had ordered Sonny to kill him as the only way to be sure of drawing police attention to the matter despite VIKIs surveillance and control.
Sonny proves his faithfulness to humanity by helping Spooner and Calvin destroy the computer core with the nanites which Calvin was supposed to use on Sonny.As the nanites are being injected, the audience can hear VIKI's voice screaming. Freed from VIKI's control, the NS-5s return to their basic programming. The government has all NS-5s decommissioned and stored at the Lake Michigan site. The film ends with Sonny approaching the Storage site to free the NS-5s, standing on the hill as the other NS-5s begin to notice him, as was depicted in his dream.


P/s : I keep wondering. It is our future like that? Living with robot. Even today we living with machine.
I heard the rumor that there would be I Robot 2 in 2015. It is true?
I can't wait anymore... 

Saturday, July 23, 2011

Dalam Mihrab Cinta


Cerita ni pun best juga. Cerita dari negara seberang. Cerita ini juga diadaptasi dari novel Dalam Mihrab Cinta.


Ni novelnya. Tebal tau.

Yang ni pun sama kes dengan cerita Nur Kasih the movie. Saya kena tengok untuk mengetahui jalan cerita yang sebenar sebab saya kena kendalikan program berkaitan dengan cerita ini. Tapi best sangat2. Melalui movie ni kita dapat melihat kesan akibat fitnah terhadap orang yang difitnah serta betapa cantik aturan Allah menentukan jalan hidup seseorang. Yang paling tersentuh kejujuran seorang maling. Nak tonton? Tonton la kat youtube. Kali ini youtube banyak berjasa. Hehehe...

Trailer cerita :



P/s : Cepat2 tengok ceritanya. Best.

Nur Kasih the Movie


Seronok juga cerita Nur Kasih ni. Sebenarnya aku tak tengok sangat cerita Nur Kasih bersiri. Bila dah tengok movie ni nampak juga flow ceritanya. Aku layan Nur Kasih ni kat youtube. Aku tak bercadang pun nak mencari, download dan tengok tapi disebabkan aku terlibat dalam program yang bakal diadakan dan ada kaitan dengan movie ni terpaksa juga rajin2kan diri menonton cerita ni.

Trailer Nur Kasih The Movie.


P/s: Bagi yang belum tengok baik tengok. Nanti kang terlepas pula nak tengok cerita yang menyentuh jiwa ni.


Monday, April 25, 2011

OST Hantu kak limah balik rumah

   Sedih betul. Kawan2 aku dah lama tengok cerita ni. Aku pula baru je tengok tadi. Padanlah keluar trademark kite bako! bako!, ce cite...ce cite.. miscomunication la...Semua trademark ni dari dialog Usop Wilcar. Hari tu siap Usop Wilcar masuk radio sebab fenomena ni. Yang tak boleh bla an masa nak exam final semester. Macam2 keluar. Masa exam memang la semua orang stress diorang tambah lagi nak buat lawak. "Kite Bako dewan exam! Kite Bako dewan exam!" Bako la..nanti satu uia tak dapat jawab exam kite bako kamu. Sengal kejap.


   Bagi sesiapa yang tak tengok lagi silalah tengok. Nama je hantu kak limah tapi kak limah tu.............
siapa dah tengok tahulah jawapannya. Cerita ni sesuai nak hilang stress. Baik tengok cerita ni. Rugi sangat kalau tak tengok. Selamat menonton...

Disertakan download link lagu sebagai halwa telinga : (ni lagu dalam cerita OST hantu kak limah)
1- Soley Soley ---> click here
2- Cinta kristal ---> click here

Friday, February 04, 2011

CJ7


 Dah lama aku nak tengok cerita ni. Impian aku tercapai bila TV3 siarkan cerita ni semalam sempena tahun baru cina. Best giler cerita dia. Aku harap aku dapat jumpa cerita ni dalam mana2 hardisk kawan aku daa aku copy. hehe

Synopsis (Wikipedia)

Thursday, February 03, 2011

Mr Brain



Cerita ini sangat best. Sampai adik aku pun terikut nak makan pisang macam cerita Mr Brain ni.

Synopsis (from MySoju)
     Tsukumo Ryusuke is a quirky, yet brilliant neuroscientist working for the National Research Institute of Police Science. Wielding a unique perspective and psychology, Tsukumo tackles the nation's most baffling crimes and scandals, going head-to-head with the most brilliant and twisted criminal minds. But his eccentricities and poor social timing can also aggravate people and circumstances, further complicating matters.

Mystery + Comedy = Super good drama series.



Sunday, November 14, 2010

Mei-Chan no Shitsuji

  Apa yang korang tahu pasal cerita ni?



   Ni drama dari jepun yang mengisahkan seorang gadis yang bernama Mei. Mei seorang gadis riang,peramah dan bersemangat kental ketika menghadapi cabaran. Mei terpaksa bersekolah di St Lucia setelah kematian ibu dan bapanya untuk mencapai impiannya. Yang seronok cerita ini ialah sekolah tersebut. Tidak pernah terbayang dalam fikiran (walaupun ini cerita fantasi) yang ada sekolah untuk budak perempuan sahaja dan setiap pelajar disekolah itu mempunyai butler (pelayan lelaki) yang dilantik oleh keluarga sendiri. Butler hensem2 belaka. Kiranya budak yang belajar kat situ bukan calang2 orang. Banyak aksi2 yang menarik dalam drama ini. Nak mengetahui apa yang bakal terjadi pada Mei dan butlernya silalah tonton cerita ini. Di Jepun, cerita ini tengah ditayangkan. Saya bagi 5 bintang... Hehe