Friday, February 01, 2013

Ost Setia ke Hujung Nyawa... err

Seperti yang dah tertera kat tajuk kat atas ni,
korang mesti dah tahu cerita ni kan....
Jangan nak tipu kalau tak tahu...

[Sumber]

Kalau rajin bacalah novel dia... hehe [Sumber]

Sejujurnya, aku dah kemaruk tengok cerita ni. Sejujurnya juga memang tengah2 episod cerita ni nampak membosankan sebab asyik gaduh je tapi bila nak penghabis episod ni alamak seronok pulak cerita dia.  (Aku baru start tengok cerita ni bila dah episod diorang tengah bergaduh). Diorang ni bikin aku panas. Rasa nak kawin cepat pun ada. Geram tengok diorang bermanja bagai. Haih... Bahaya2. 

Yup, berkahwin tu memang seronok. Tetapi kena ingat dalam perkahwinan tu bermacam-macam benda nak kena jaga dan bermacam-macam dugaan boleh melanda. Bak kata allahyarham Tan Sri P.Ramlee "sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri". Haih... Jadi kena banyak2 sabar.

Tak sabar nak tengok ending cerita ni. Dalam novel kata ending mereka akan hidup happy ever after. Haraplah begitu. Aik, macam watak mereka wujud kat dunia sebenar pula. Sampai nak harap macam2. Itu cuma rekaan dan buah fikiran penulis. Jika sama tu kebetulan je. Yang penting mana yang baik kita ambil dan mana yang buruk tu dijadikan sandaran. 

Dalam cerita ni soundtrack yang paling lagend bagi aku --> Last minute_-_maafkan aku
Suka dengar bunyi gitar dia dan rentak lagu dia kelakar... Woho...

Nak berkongsi sikit, dalam cerita ni part mana yang korang suka?
Aku? Aku suka part L mula pandai memertahankan diri bila Zain buli L...
Nak tunjuk sikit yang isteri ni bukan untuk dibuli dan disakiti sesuka hati...
Korang pulak suka part mana?

P/s : Minggu depan dah nak habis cerita dia. Lagi 4 episod lagi... Huhu

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe