Emak, Bapak, Adik2...
Alangkah indahnya kalau universiti sebelah rumah...
Boleh hari2 balik rumah...
Aku rindu diri aku dahulu...
Pagi2 pergi sekolah,
lalui kehidupan seorang pelajar
yang bertukar menjadi 360 darjah...
petang terkejar-kejar pulang ke rumah
aktiviti kokurikulum aku ponteng
siap gaduh ngan cikgu
sebab tak beri komitmen dalam persatuan
kadang2 merempit naik basikal balik rumah
kena balik cepat
semata-mata nak jadi babysister...
ada terpaksa balik rumah sampai basah kuyup
sebab tak bawak payung...
sayu je masa tengah mandi hujan
sambil berfikir sampai bila aku harus begini...
Rindu...
Hari2 gaduh dengan emak
sebab malas nak baca buku...
Segala amarah emak sudahku lali...
kadang2 kena marah sebab bangun lewat,
tak basuh pinggan, melekat depan tv tengok cerita indon...
Degil...
Pemalas...
Hari2 gaduh dengan adik sebab bilik bersepah...
Bermain badminton bersama...
Lalui dugaan dan konflik keluarga bersama...
Aku rindu semua tu...
Sekurang-kurang aku tak rasa sunyi.
Aku ada mereka yang menghidupkan suasana...
walaupun aku ada simpan cita2 nak ke sekolah asrama
untuk lari kehidupan yang membosankan
tapi sekarang aku bersyukur
aku pernah rasai semua itu
erti hidup berkeluarga
Rupanya hidup di asrama tak seseronok yang digambarkan
sangat membosankan...
Aku rasa keseorangan
mungkin aku pendiam
tak ramah...
low profile...
sesiapa pun bosan kan...
Puteh...
Dia adalah seekor kucing...
Walaupun dia adalah haiwan,
walaupun dia tahu nak minta makanan,
walaupun dia tahu mengiau je...
tapi dia tahu untuk hargai aku...
sebab dia tahu,
aku je yang rajin layan dia,
rajin bagi makanan favourite dia...
dia pun tahu yang aku jarang kat rumah...
dia pun tahu aku akan balik asrama kembali...
dia menggunakan kesempatan untuk manja lebih...
Mood : Meniti hari2 ke kehidupan yang membosankan...
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe