Kadang2 benda yang tak bernyawa pun nak ajar kita supaya kita harus selalu bergantung harap dengan Allah.
Aku ingat laptop kesayangan aku tu dah tak bernyawa lagi. Sebelum ni aku ada buat satu entry khas buat dia. [Link] Tadi aku tergerak nak on balik laptop sambil berdoa diberi kesempatan lagi untuk copy file2 yang masih tersisa dalam laptop tu dan membuat backup. Sebelum ni cuba juga on tapi laptop tu dah tak nak on. Bila dah dapat on tersembur keluar perkataan Alhamdulillah. Memang suka tak terhingga. Allah masih nak bagi peluang untuk aku menghabiskan kerja menyimpan backup.
Bila perkara ini terjadi, aku teringat dalam tafsir surah yasin yang menceritakan tentang kekuasaan Allah yang berkuasa dalam menghidupkan dan mematikan. Anda boleh baca kupasan surah yasin dari DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI [Link]. Tiada yang mustahil kat dunia kalau Allah mahu ia terjadi. Kita hambaNya kena bersujud dan akui kebesaranNya.
P/s : Alhamdulillah... Semoga dipermudahkan urusan backup file.
Moga sempat sebelum laptop tu "tido" buat selamanya... huhu
P/s : Alhamdulillah... Semoga dipermudahkan urusan backup file.
Moga sempat sebelum laptop tu "tido" buat selamanya... huhu
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe