Post ni bukan post nak promote Mek Dogol ek...
Lepas baca ni jgn pula terkedek-kedek pergi join beratur kat Mek Delivery pulak...
Di suatu tengah hari yang indah, disapa mentari yang terik memancar hingga menusuk ke lantai meja. (?) Sambil menikmati hari yang begitu ceria, daku bersantai-santai sambil menelaah subjek yang begitu killer sekali. Jeng Jeng... Intermediate Macroeconomics II la. Aku tahu korang begitu handal dengan subjek tu. Ok333... Lupakan iklan2 sebentar tadi dan terus lurus ke titik (straight to the point). Dua hari yang lepas, (Huh... dah basi rupanya cerita ni...) aku dapat kiriman sms dari rakan sebilik (roomate) yang baru habis exam. Bunyi msg die begini "Salam roomateku tersayang, nak kirim apa2 tak? Nak pergi Mek Delivery ni...". Bila aku terbaca je Mek Delivery, aku terus terbbbayangggkan.....
Kentang goreng... Burger... Coke? diluar list. |
Sedaknye.. Meleleh... |
Rasa nak picit2 dan gigit2 u ni.. |
Walaupun aku bukan peminat Mek Dogol yang tegar tapi aku dapat membayangkan keenakkan burger Mek Dogol. Aneh ya. Benda yang aku kurang suka di suatu ketika dahulu menjadi enak pula tiba2. Kuat betul godaan. Rupanya ada pasukan sorakan tambahan di sebelah...(Heh?)
Tiba2 aku jadi serba salah. Nak reply "yes" or "no". Yesssss or NOOO!. Sambil2 memikir tu, aku dapat membayangkan muka kekecewaan rakan sebilik aku jika aku balas No. Aku membayangkan yang aku menelan air liur dalam2 melihat mereka begitu enak menikmati burger itu. Owh tidak2, aku terus menyakinkan diri. Tidak mengapa kalau aku balas No. Aku tak sanggup nak keluarkan wangku untuk menempah peluru2, bom2, meriam2 yang bakal meledakkan saudara seislamku di Palestine. Aku tak sanggup nak menelan burger2 hasil belian wangku sendiri kerana membayangkan saudaraku cedera parah di belasah teruk disana. Tidak mengapa rakan sebilikku kecewa. Tidak mengapa aku menelan air liur dalam2. Tetapi aku bahagia kerna dapat menyumbang sedikit dengan memboikot produk tersebut dan menyekat sedikit dana ke pihak musuh Palestine. Aku dengan rela hati membalas msg itu dengan ayat mengada-gada "Wsalam roomateku sayang... Sayanglah, I dah makan tadi. Terima kasih sebab tanya". Memang aku dah makan tadi. Makan roti bersama jem kacang kesukaanku. Hehehe...
Semata-mata nak hilangkan kepunan tak makan burger Mek Dogol hari tu maka aku pun belilah burger daging kat bro kantin tadi. Walaupun tak setanding dengan burger Mek Dogol tapi aku rasa puas. Harga pun murah. Hehehe
Amek kau... 3 bijik aku bedal... Ada cop ramly tu... [link] |
Sayang juga sebab aku gagal untuk mengajak rakan sebilikku untuk boikot sama. Mereka pernah menyatakan hasrat untuk boikot Mek Dogol disuatu ketika dahulu. Ketika Palestine tengah rancak berperang dulu2. Tapi sekarang mereka menjamu kembali Mek Dogol tu. Ada sedikit kekesalan disitu. Nampaknya aku kena perbanyakkan lagi promosi untuk boikot Mek Dogol. Kena ada cara untuk nasihati mereka...
P/s : Masihkah anda meneruskan pemboikotan Mek Dogol? (Skemanye ayat)
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe