Tuesday, January 08, 2013

Bapak, Ayah, Abah... Jasamu tidak terkira...

Lepas baca post kat bawah ni rasa nak nangis pun ada...
Mungkin sebab dah lama tak balik kot.
Rinduuuu~~

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH 
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? 
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian 
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.?? 
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. 
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. 
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. 
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia.. 
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? 
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya".. 
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..Y___Y
Sangat terkesan...
Semuanya betul...
Jangan ingat bapak2, ayah2, abah2 kita kat rumah tu tak concern tentang kita yang merupakan anaknya.
Nampak je kasar, diam, susah didekati, kurang bercakap, jarang ada kat rumah dan kadang kala hanya beri arahan je. Yang kita sebagai anak selalu nak memberontak bila bapak larang buat itu, larang buat ini. Yelah taknak rasa terkongkonglah katakan. Itu semua adalah untuk kebaikan kita juga.

Terima kasih kepada bapak sebab jaga saya selama ini.
Merotan saya yang nakal dan tak dengar cakap.
Mengongkong saya disaat saya tak faham realiti dunia luar.
Menyekat saya dari sertai aktiviti yang sangat jauh dari rumah kerana faktor keselamatan.
Menghalang saya ke asrama kerana dia nak anak dia kenal siapa emak dan bapak dan juga adik beradik.
Mengajar saya yang realiti hidup ini tidaklah sebest mana.
Sudi berkongsi rasa walaupun saya hanya anak dia. Dah macam kawan.
Mengajar erti hidup susah dan berdikari. Saya sangat berterima kasih tentang itu.
Memberi kata-kata semangat tatkala saya sedah down.
Mengajar resepi yang best2 dan kaw2.
Memarahi saya tatkala saya tak reti nak jaga diri sendiri...
Banyak gila jasa dia... Tak terkira...
Semoa jasa2 dia dapat menaikkan saham dia didunia dan diakhirat...

Sayang bapak selamanya... Dunia Akhirat... [Link]


P/s : Makin laju pula air mata keluar....
Eh, ada orang potong bawang kat sebelah...

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe