Tuesday, January 01, 2013

Rehlah bersama Usrah Humairah.

Hasil tangan salah seorang ahli usrah... ^_^
Disuatu pagi Isnin yang indah dimana langit yang begitu cerah tambah pula angin sempoi2 bahasa seolah-olah memberkati pertemuan kami seusrah di Tasik Maryam, uia. Ceewah... Oklah. Tak payah nak bersastera sangat. Cuma nak cerita yang hari ni 1/1/2013 tercatatnya sejarah bahawa kami berlapan termasuk akak usrah beRehlah kat Tasik Maryam. Tak sangka yang kitorang ada tetamu. Ada group usrah lain pun join rehlah kitorang. Sempat lagi salah seorang group usrah lain ajar buat origami.
Origami bear. Seronoknya dia duduk dalam lautan gula-gula. Haha

Aktiviti kitorang? Kitorang joging satu round keliling tasik. Joging ke? Separuh tasik je joging. Akak usrah joging lagi laju dari kitorang. Haha... Kitorang banyak jalan. Sempat lagi bergurau senda dengan ahli usrah lain. 

Pastu ada game taaruf. Game tu namanya game tekalah saya (sejak bila ada nama?). Game ni hanya perlukan pen dan kertas. Cara-caranya nak main, lukis satu benda tak kisah haiwan ke, tumbuhan ke, benda ke, yang penting benda tu dapat menerangkan tentang diri kamu. Lepas lukis, di gulung2 kertas tu dan dikutip. Kemudian diedarkan kepada setiap ahli secara rambang. Pastikan jangan terambil lukisan sendiri. Dah dapat lukisan tu kena terangkan tentang personaliti yang boleh dilihat dari gambar tu. Dah habis terangkan kena teka siapa empunya kertas tu. Kebanyakkannya dapat teka empunya kertas dengan betul (macam mana diorang tahu ek?) Sangat best tadi. 

Bila dikumpul balik lukisan tu boleh jadi satu jalan cerita yang menarik. Ada lukis awan, pokok, arnab, kereta, quran, lilin dan bunga. Bila digabung jadi sebuah tempat yang begitu indah. Ada pokok rendang yang mampu dijadikan tempat teduh dari panas dan hujan. Arnab berlari-lari keriangan di sebalik pokok yang rendang. Bunga berguguran dari pokok yang rendang jatuh ke lantai bumi. Kereta pula yang mampu membawa ahli usrah membawa bekal Al-quran dan lilin untuk ke pokok rendang itu. Menarikkan.

Lepas game taaruf, ada sesi curhat pula. Banyak juga curhat2 dapat didengar. Dari situ kita dapat berkenalan lebih dalam, belajar dari kisah silam mereka dan saling mengenali antara satu sama lain. Nak tahu curhat2 mereka? Kenalah join usrah. Dari situ timbul kemanisan ukhwah. Kita berkumpul bersama, makan bersama, berkongsi bersama, belajar bersama walaupun berlainan latar belakang demi menuju misi yang satu iaitu bersama-sama membina diri untuk menjadi muslimah sejati yang diredhai Allah. 

Yang menarik dapat goddie bag dari akak usrah. Goddie bag ke? Apa2lah namanya.

Bella bukan nama sebenar...
Yang menarik dapat buku Mutabaah Amal harian...


Bila tengok buku ni teringat satu petikan ayat dalam surah al-Waqi'ah.

Yaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu. Iaitu mereka yang menerima buku catatan amal dengan tangan kanan. Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu. Iaitu mereka yang menerima buku catatan amal dengan tangan kiri.(Al-Waqi'ah : 8-9)

Moga-moga kita semua akan mendapat buku catatan amal dengan tangan kanan. Nak dapat kenalah buat apa yang Allah suruh dan suka serta tinggalkan apa yang Allah larang dan tak suka.  

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe