Friday, January 25, 2013

Revolusi rumah

Rumah Zaman Dolu-Dolu....

Rumah felda... [sumber]

Rumah  minangkabau. [sumber]
Rumah tepi pantai. [sumber]

Rumah Zaman Cekarang...

Rumah  Flat. [sumber]

Rumah Teres. [sumber]
Berbezakan?
Rumah zaman dahulu diperbuat dari kayu.
Rumah zaman sekarang diperbuat dari batu.
Cepat jugak zaman berubah.

20 tahun akan datang, rumahnya masih rumah batu ke?
Kalau panjang umur boleh lihat perubahannya...

Teringat kat rancangan Tanyalah Ustazah tengah hari tadi.
Ustazah tu ada cerita keadaan rumah Rasulullah.
Tak terbayang yang rumah Rasulullah hanya beratap pelepah dan berlantaikan tanah. 
Dinding dari tanah dan dilapik dengan kain untuk mengelak terkena air hujan.

Gambaran rumah Rasulullah
[sumber]
Rasa sedih bila lihat tempat tinggal Rasulullah.
Nak dibandingkan dengan kita umatnya jauh lebih selesa tempat tinggalnya berbannding Rasulullah. Rasulullah bukan calang2 orang. Beliau utusan Allah. Beliau umpama Al-Quran bergerak. Beliau orang hebat dipilih untuk uji oleh Allah dengan pelbagai ujian yang berat.

Ttiba-tiba teringat kata2 pujangga...
Kita umpama musafir
Hanya berhenti sebentar sebelum menyambung kembali perjalanan.
Adakah perhentian ini membuat kita dibuai mimpi sehingga terlepas dari membuat persiapan untuk perjalanan seterusnya? atau adakah perhentian ini adalah ladang untuk kita menyemai benih untuk persiapan ke destinasi seterusnya? 

Ayuh Bell... 
Ayuh pembaca semua... 
Bangunlah dari tidur yang lena...

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe