Tuesday, January 08, 2013

Mau cari duit... Cari duit...


Nak jual apa ek masa cuti2 sem nanti?
Roti telur 2 keping RM1?
Donut besar bersalut cokolat RM1?
atau
Karipap bulat 3 RM1?

sehari budget wajib jual 7 packet.
7x5x3 = RM105
masyuk juga dari tak dapat apa2...
modal? kutip kat rumah... ohohoho
memang aku dapat untung bersih...
(err... kena bagi royalti sikit kat ma&pa
sebab bagi anaknya modal berniaga)

yang pasti adik aku jadi mangsa...
kena jual produk aku...
kat sekolah dia...
hahahahaha... (besonya gelak)

Itulah lamunan tatkala tengah study...
Masa nak study jugaklah keluar idea pelik2...
(cobaan)
Gara-gara poket semakin nak kering.
Menanti hari demi hari nak balik rumah..
Tak tahan duduk lama2 kat asrama..
Duit tak cukup...
Menu kat kantin pun nampak dah tak lalu..
Stok makanan pun nak habis
tinggal yang tak lalu nak makan.
Boleh kurus aku cenggini... (kurus ke?)

Susahlah dapat fixed income.
Sekali dapat lump sum awal semester..
Last2 hari nak habis semester 
kena minta dana dari ma&pa..
seganlah...
ma&pa lebih perlukan wang...

Jadi kenalah cari jalan...
Jalan nak dapat income berjalan. (?)
maksud saya ada juga income masuk dalam poket.
bukan setakat dapat fixed income
sekali gedabak dapat banyak...

Bila ada duit boleh belanja orang makan.
boleh beli buku2 yg best2...
boleh jalan2...
Itulah kerjanya...

Hidup kat dunia ni kalau tak cukup duit alamatnya tak bergeraklah dia.
Kalau kat akhirat nanti kalau tak cukup amal alamatnya ke nerakalah dia.
Nauzubillah min zalik.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe