Cutenye.... [Sumber] |
Hasil simpanan mereka itu mereka boleh buat beli rumah atau tanah.
Hasil pinjaman mereka itulah dapat membolehkan mereka memiliki rumah atau kereta.
Generasi sekarang kalau nak memiliki asset, mereka kena buat pinjaman dahulu.
Mana perginya tanah dan rumah yang generasi dahulu simpan? Dah kena jual meh.
Nak miliki tanah lagi? Kena tunggu duit beranak beratus ribu kat bank.
Generasi belalang. Thomas L. Friedman
Anda perasan tak situasi ini?
Takkan tak perasan kot.
Aku perasan hal ni sejak aku di bangku sekolah.
Aku pelik kenapa bapak aku bersusah payah pinjam sana pinjam sini semata-mata nak miliki kereta.
Bila nak tambah asset lain kena pinjam. Hatta nak sekolahkan anak pun meminjam jugak. Bila dah pinjam, bil pun datang rumah. Tiap2 bulan kena bayar hutang. Bukan bayar hutang bersih. Bayar dengan bunga2 hutang sekali pulak tu. (macam mana rupa bunga hutang ek?).
Adakah ini trend generasi sekarang?
Yelah kot.
Nak sambung belajar pun dah nak kena berhutang.
Itulah, dulu tak skor kaw2 masa SPM.
Keluarga pun susah. Mana mampu diorang nak sara aku masuk universiti.
Simpanan pun takda.
Bila dah grad, hutang pun keliling pinggang.
Agaknya ini realitinya...
Apa perlu aku generasi baru patut ubah realiti ini?
Sampai bila aku hidup dengan meminjam... hidup dengan bunga2 hutang. Kalau bunga tu sedap dilihat takpe jugak. Antara faktor utama yang terjadinya situasi ini adalah kurangnya simpanan untuk masa hadapan.
Menyimpan itu penting. Even dalam Solow model mengatakan untuk sesebuah negara mencapai taraf "develop country" kenalah memiliki "high saving" dan beberapa faktor lain.
Simpanan itu penting. Amalkan formula 70/30.
70% dari pendapatan-perbelanjaanlebihan 30% :
10%-perbelanjaan kebajikan (eg: derma, belanja orang)
10%-bisnes
10%-simpan
Semuanya ditangan kita. Perbaiki kesilapan yang mereka buat.
Anda mampu mengubahnya.
Anda mampu mengubahnya.
Untuk kebaikan diri dan anak cucu cicit jugak.
P/s : Meniti hari sambil telan air liur...
P/s : Meniti hari sambil telan air liur...
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe