Wednesday, January 09, 2013

Baruku sedar...

Baru aku sedar.
Dah 4 tahun rupanya usia blog ni.
Dalam 4 tahun ni aku dah menulis sebanyak 671 entry.
Banyak tu. Boleh dibukukan tu.
Kalau aku bukukan boleh jadi berjilid-jilid.
Banyak juga yang aku tulis.
Bila aku baca aku rasa macam bukan diri aku.
Apa yang aku tulis kontra.
Adakah aku hanya seperti tin kosong?
Pong Pang Pong Pang bising
tapi tiada isi...

Adakah sekarang aku semakin jauh dari jalan yang betul?
Adakah aku sudah berubah?
Adakah? Adakah aku sudah kehilangan sesuatu dalam diri aku?

Mungkin ada hikmahnya Allah gerakkan hati aku untuk tulis blog ni.
Dia nak aku tengok siapa aku dimasa lalu.
Dia nak aku compare.
Seharusnya aku jadi lebih baik dari sebelumnya.
Bukan makin teruk.
Ya Allah... Ampunkan dosa hambamu ini.
Hambamu yang tak reti2...
yang tak puas2 melakukan dosa.
yang masih diikat ketat dengan jahiliyyah...
Ya Allah... 
Dimana rasa takutku terhadapMu...
Aku takut... Aku takut bila tiba masanya aku mengadapMu
aku tak punya bekalan yang cukup...
huhuhuhuhu

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe