Bell, dah pukul 1.28pagi dah. Takkan nak update blog kot?
Tak kira. Memandangkan semua dah tidur, maka aku tak boleh nak bising2 kata laptop dah kembali rosak.
Aku nak bising kat sini boleh? Boleh lah...
Aku baru nak bahagia yang laptop kesayangan aku dulu2 yang rosak tu dah sihat.
Toshiba L300. Made in Singapore (perluke?) Banyak juga jasa dia kat aku. [Sumber] |
Aku ingat yang laptop tu betul2 dah rosak. Pada mulanya, laptop tu boleh on tapi bila nak load OS terus keluar bunyi nyaring. Aku dah test depan bapak dah. Dia kata hardisk dia maybe rosak. Nak dijadikan cerita, mak aku tergerak nak pergi baiki. Dia nak suruh kawan sekerja dia baiki. Katanya kawan dia pandai baiki laptop. Mak aku pun hantarlah laptop tu dan cuba On laptop dihadapan kawan dia. Tengok2 boleh buka pula. Mak aku pun telefon aku dan tanya apa masalah sebenar dengan laptop tu. Haish... Seharusnya aku kena buat demo depan emak sekali supaya dia pun tahu apa masalah dengan laptop tu. Dah kata boleh On makanya dah boleh guna balik laptop tu. Bila emak bagi balik laptop tu kat aku tu, mak aku pun sampaikan pesanan kawan dia. Kawan dia kata yang aku mungkin dah overload usage kat laptop tu. Overload? Kiranya selama ni laptop tu tengah merajuk dengan aku jadi dia taknak On sebab aku dah guna dia sampai lebam...
Errrrr.... memanglah overload pun. Aku pergi main adobe photoshop, adobe indesign, antivirus kaspersky, OS window 7. Padahal laptop tu intel cip dia celeron pastu ram dia 1GB. On je laptop, ram dah guna 75%. Bukak je adobe photoshop terus capacity ram naik 95%. Baru buka adobe. Belum buka window player, chrome, broadband, antivirus running. Aku ni species yang buat kerja buka lagu. Tak kira online, buat assignment, mendesign ke mesti kena dengar lagu. Kiranya senang dapat idea kalau buat gitu. Memang lemas laptop tu aku kerjakan. Amek kau... Ha ha ha... ok not funny right...
Jadi, bila tengok laptop tu dah kembali sihat maka ada harapan buat aku untuk buat kerja jahat. Baru teringat nak install Sony Vegas dalam tu. Bell, ko dah gila ke? Aku tak gila cuma hilang kewarasan akal. (bukan sama ke?). Taklah. Aku tak sekejam itu. Aku terfikir yang aku mungkin akan bawa laptop tu ke kampus bila habis cuti nanti tapi kemungkinan besar akan timbul beberapa masalah pula. Masalah wireless, masalah laptop berat. Lagi best kalau laptop tu tetiba rosak balik bila assignment tengah menimbun. Memang menangis tak berlagulah nampaknya. Alasan kuat aku, aku nak bawak laptop tu pun sebab tugasan kelab jugak. Aku perlukan software Adobe tu. Akhirnya aku batalkan hasrat untuk membawa laptop tu ke kampus kerana terlalu berisiko untuk rosak kembali. Jadi aku gunakan kesempatan yang ada untuk copy file2 yang dalam laptop tu. Tapi aku sempat copy beberapa je. Laptop tu hang balik. Aku pergi Log off. Tunggu punya tunggu laptop tu Log off dan akhirnya aku yang tak sabar ni tekan butang On lama2 sampai lampu dia padam. Lepas tu aku tekan balik butang On. Malangnya dia kembali rosak. Aku masih tak sempat nak copy file2 penting. Damn...
P/s : Korang percaya tak aku ni student economics? Cara cakap macam student IT kan?
Perah santan betul bell ni... (sila ignore part ni... takda kaitan...)
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe