Gambaran sepanjang aktiviti hari ini...
|
Moment yang mendebarkan... |
|
Map paling Legend... Haha |
|
Ticket bas pun boleh... |
Hee Hee...
Boleh taruk 3 gambar je.
Yang lain jadi tatapan sendiri.
(padahal gambar ada kat member)
Sebenarnya pagi tadi ada induction. Macam biasalah, bila dah sertai salah satu organisasi kenalah sertai aktiviti yang terpenting iaitu induction untuk saling kenal mengenali antara member baru dan lama, eratkan ukhwah dan menerangkan lebih terperinci tentang aktiviti yang organisasi itu jalankan. Induction kali ini ada nama special dia iaitu "The Owesome Race KL". Apa kena mengena race dengan induction? Diorang namakan sebegitu kerana dalam race atau dengan kata lain explorace itu terselit element2 biro QYC itu tersendiri. Dalam setiap check point ada element dari biro street da'awah, twilight, telesqop, media dan finance. Sepanjang explorace kitorang kena agihkan pamplet tentang islam kepada non muslim serta menerangkan serba sedikit tentang islam kepada mereka. Sambil berlari-lari ke checkpoint seterusnya kitorang kena jual barangan untuk mendapat wang perbelanjaan pergi balik dan makan. Ada checkpoint kena tadabbur ayat quran. Lepas tadabbur kena cari ibrah dalam ayat tu dan terangkan kepada orang awam yang beragama islam. Ada juga checkpoint yang kena cari orang awam untuk translatekan makna terjemahan surah yang tahu bahasa selain dari bahasa inggeris, bahasa cina dan bahasa tamil. Tak lupa checkpoint yang menguji kretiviti kitorg dengan menghasilkan sebuah video da'awah dan poster program dengan hanya menggunakan kertas warna dan alatan mewarna yang lain. Terasa kekok sebab selalunya buat poster program pakai software. Hue Hue Hue... Chekpoint terakhir tentang mencari isi penting dari sebuah karangan yang tak berspacing. Nak juling mata tengok karangan tu. Setiapperkataanbersambung. Lebih kurang macam tulah.
Apa yang saya dapat dari berlari-lari sakan? Heh?
Banyak benda dapat belajar. Yang paling mencabar buat saya bila nak kena approach orang awam dan kena terangkan serba sedikit tentang Islam. Part tu memang tak reti. Rasa malu sangat sebab terasa siapalah kita untuk berkata tentang Islam jika kita sendiri kurang ilmu tentang Islam. Terasa yang diri ni masih banyak kekurangan. Tetapi kalau part praktikal saya masih boleh. Saya boleh lagi nak tunjuk akhlak2 yang baik selagi saya mampu. Tak menipu, hormat orang, jaga kebersihan, sentiasa jaga pergaulan, berbuat baik dengan orang, bersederhana, sedekah tak kira dengan harta mahupun tenaga. Kiranya macam "silent da'awah". Baru dapat perkataan tu tadi. Solusinya, dah tahu kurang ilmu kenalah tambahkan ilmu. Tak lupa juga kena belajar adab2 ketika berda'awah dengan orang awam. Kena ada caranya kalau nak lebih berkesan.
Sebelum explorace ada group binding. Alamak, spoil lah. Terasa banyak diam dari berkata-kata. Saya budak baik. Jadi pendengar setialah nampaknya. Lagipun hall tu bising sangat. Penat menjerit. Uhuk3... Tak payah nak batuk2 sangat. Banyak betul alasan. Terimalah hakikat yang saya memang tengah blur masa tu. Sepanjang masa blur. Hurm...
P/s : Terciptalah sebuah memori hari ini. Semoga memori ini dapat mematangkan kita untuk menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar serta merapatkan ukhwah sesama biro lain. Cabar diri anda untuk buat sesuatu kelainan. Sampai bila kita hendak tinggal di tangkuk lama... Zaman makin berubah beb...
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe