Cepat masa berlalu. Tup... Tup... dah minggu ke-3.
Banyak benda nak tulis kat sini sampai tak tahu nak mula dari mana dan nak letak tajuk apa kat sini. Haha...
Firstly, nak perkenalkan kawan baru saya...
Maid Maiden... Last series... Finally... |
The Muqaddimah-Ibn Khaldun |
Quantum Tarbiyah - Solihin Abu 'Izzuddin Mudahkan Jangan Susahkan - Syed Alwi Alatas Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - Hamka |
Semester kali ini berazam nak jadi ulat buku. Sebenarnya ada banyak lagi koleksi buku dan kebanyakkannya buku motivasi. Sedang mencuba genre berat macam buku The Muqaddimah-Ibn Khaldun. Hurm, tetiba gatal tangan beli buku tu dalam terjemahan bahasa inggeris padahal ada je terjemahan dalam bahasa melayu. Takpe, dapat tambah vocab dan biasakan diri dengan gaya bahasa yang begitu berbunga-bunga. Buku economics pun lebih kurang berbunga juga gaya bahasa. hoho... Sekadar nak mengisi masa lapang. Sambil2 tunggu orang boleh baca jap. Tengah tunggu program bermula ke. Dalam train nak balik rumah ke atau tengah tunggu bas ke. Rugi kalau masa tu dibuang macam tu je Dari pada duduk fikir benda tak berfaedah baik baca buku. Bertambah sikit ilmu.
Perasan tak ada buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck kat gambar tu. Siapa pernah baca?
Betapa teruja bila terjumpa dan memiliki buku tu. Bukan senang nak jumpa.
Saya dalam proses membacanya. Banyak nilai murni dapat diambil dari kisah dalam novel tu dan sangatlah relevant dengan situasi sekarang.
Secondly, seperti biasa sebagai pelajar universiti dipertanggungjawab dengan homework, assignment, group presentation dan exam. Jadi kena serius sedikit. Dah kena amalkan baca dulu sebelum masuk kelas. Bila tak faham kena tanya. Jadi peramah dan sabar dalam mengendalikan kerja berkumpulan. Cuma semester kali ini saya agak berani sedikit. Berani untuk tegur kesilapan dan belajar dari kesilapan orang lain. Sebelum ini saya agak berlembut sedikit kerana nak menjaga hati orang lain. Kali ini saya nak jadi penasihat yang baik. Nak buat mereka sedar atas kesilapan mereka. Jika mereka mahu tegur saya pun tak apa. Saya terima teguran mereka.
Thirdly, ...
Nak cerita 2 kisah yang saya rasa agak kelakar dan mengajar kita tentang sesuatu.
Kisah pertama :
Saya ada pergi sebuah kedai buku terkemuka. Ketika itu saya seorang diri dan memakai beg galas. Saya masuk dan pergi ke setiap rak buku. Bila saya pergi ke setiap rak buku, saya akan ambil buku yang saya rasa menarik dan membelek-belek buku tersebut. Mula melihat sinopsis dahulu kemudian isi kandungan. Kadang2 tu saya tawaf 2, 3 kali ke tempat yang sama sambil pegang buku yang masih belum dibayar. Aksi saya ini tidak disenangi oleh seorang pengawal kedai buku tersebut. Ketika saya sedang belek2 buku, dia berdiri sebelah saya. Gaya dia mahu cakapkan sesuatu. Bila saya hampir2 berdekatan dengan pintu kedai buku tu, dia dah ambil langkah berdiri di depan saya. Saya pergi berdekatan dengan pintu kedai tu sebab ada buku yang menarik kat situ. Dalam hati terdetik juga, takkanlah aku nak bawa lari buku yang tak berbayar ni. Agak2lah. Disebabkan geram sangat, saya pergi kaunter, bayar buku tu dan terus pergi. Agaknya saya jadi suspecious sebab sebelum ni ada kes orang curi buku yang masuk ke kedai buku seorang diri dengan berbeg galas.
Kisah kedua :
Baru2 ni, saya ada naik teksi ketika mahu balik ke universiti. Buat pertama kali saya jumpa pemandu teksi yang peramah. Habis dia cerita pasal kampung dia, pekerjaan dia dan macam2 lagilah. Ketika nak masuk ke gate besar universiti, dia kena tunjuk pas. Saya tanya dia sejak bila kena tunjuk pas bila nak masuk sebab sebelum ni takda pula kena buat begitu. Dia kata baru lagi sejak orang atasan tukar baru. Bila orang baru naik makanya sistem pun bertukar. Sistem kali ini, setiap kali teksi masuk kena tunjuk pas dan ada beberapa procedur yang kena buat untuk dapatkan pas. Dia kata, sepatutnya pihak sekuriti periksa penumpang sekali. Ini periksa pemandunya sahaja. Dalam hati aku mengiakan je. Ada betul juga katanya. Terfikir juga kenapa tidak diperiksa sekali penumpangnya.
Terbanyak pula saya menulis kali ini. Dah macam rojak.
Harap dapat pelajari sesuatu dari pengalaman saya dan saya akan terus menulis dan menulis.
InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe