Kadang2 terfikir
wujud ke orang macam Naruto kat dunia sebenar
Orang yang masih setia pada sahabat dia
walaupun sahabat dia dah berubah sangat.
Sanggup bergadai nyawa nak selamatkan sahabat dia.
Kadang2 ada orang mengelarkan dia orang bodoh
kerana mengejar orang yang sudah tidak peduli sama dia.
Walaupun sahabat dah jadi jahat dan sudah tidak seperti dahulu
tetapi Naruto tetap berusaha untuk selamatkan sahabat dia.
Naruto tetap menerima seadanya sahabatnya walaupun dah berbeza.
Kerana dia yakin sahabatnya masih punya kebaikan dalam dirinya.
Berbeza dengan realiti.
Dah tak jumpa orang seperti Naruto.
Rata-rata mereka berkawan kerana sesuatu.
Berkawan kerana boleh pergi kelas bersama.
Berkawan kerana boleh belajar bersama.
Ada hanya sekadar kenalan.
Kenalan sekolah. Satu universiti. Satu program sosial.
Tiada yang berani nak tegur kesalahan kita bila kita salah.
Malah menjauhkan diri bila dah tak sehaluan.
Belum lagi bila dah habis suatu tempoh
sama ada habis sekolah, habis pengajian, habis program
semua buat hal masing2.
Selisih bahu pun buat2 tak kenal.
Banyak dah aku jumpa orang macam ni.
Kenapa aku sendiri tak jadi macam Naruto?
Dah 2 ujikaji aku dah buat dan kedua-duanya gagal.
Hanya aku je yang bersemangat nak menjaga tali persahabatan.
Cuma ada satu faktor utama kenapa
Naruto terlalu menjaga tali persahabatan dengan Sasuke.
Kerana Sasuke adalah sahabat pertamanya.
Tambah Naruto pula anak yatim piatu.
Sasuke orang pertama yang berjaya masuk dalam hidupnya.
Kiranya Sasuke dah berjaya warnai hidupnya yang kelam tu.
Mungkinlah.
Bila seseorang tidak punya apa2 langsung dalam hidupnya
baru dicari kawannya.
Itupun kalau kawan yang berjaya mengisi kekosongannya.
Kalau benda lain?
Ambil bahan terlarang.
Memberontak.
P.s : Usah gusar jika tiada teman. Sering kecewa dengan sikap sesetengah manusia. Cukuplah hanya Allah sahaja sebaik teman. Hanya Dia sahaja faham kita dan tak pernah tinggalkan kita walau apa jua keadaan.
mayb ade tapi xramai, huhuhu...
ReplyDeletebut one thing's for sure, family members of course la setia sesama family members kn? hihi...
btw, tgk x movie naruto ari tue? hihihi
Hurmmm... Family member ek. Boleh jadi ada yg setia dan ada juga jenis tikam dari dari belakang. Memang pernah lihat mata kepala sendiri. Hehehe. Takpalah... Baik jaga hal sendiri dan xperlu nak harapkan org lain.
DeleteMovie naruto tuuu tengok bila dah keluar dalam website tonton movie online. Boleh tengok byk kali..