Saturday, May 28, 2011

Seminar Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453

SEMINAR IBRAH PEMBUKAAN KONSTANTINOPEL.

Butiran Program adalah seperti berikut :

Tarikh : 28hb MEI 2011
...Waktu : 9.00pg - 5.00ptg
Lokasi : LT1, Kuliyah Kejuruteraan,UIAM,Gombak

===========================================

“..Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, manakala tenteranya adalah sebaik-baik tentera...” (hadis direkodkan oleh Imam Ahmad)

Profesor Redzuan Osman dari Universiti Malaya menyebutkan bahawa penaklukan kota Constantinople oleh Sultan Muhammad II merupakan satu peristiwa bersejarah dalam perkembangan Islam. Kejayaan yang dicapai ini merupakan gabungan inspirasi yang membakar semangat, perancangan yang rapi, kerja sepasukan yang jitu, strategi yang sesuai pada waktunya dan keyakinan kepada pertolongan Allah dalam membawa kejayaan. Ternyata usaha penaklukan ke atas kota ini oleh Sultan Muhammad ll boleh dijadikan iktibar dalam perjuangan membawa perubahan kepada ummah.

Diharapkan dengan Seminar “Penawanan Konstantinopel 1453” ini akan menjadi satu usaha murni untuk membantu mendedahkan kepada khalayak satu peristiwa yang telah mengubah perjalanan sejarah umat Islam. Usaha Sultan Muhammad Al-Fateh wajar menjadi iktibar kepada generasi muda dalam usaha menjadikan nasib umat Islam pada masa akan datang lebih baik daripada umat Islam pada masa kini.
============================================

KERTAS KERJA 1 :"Penawanan Konstantinopel 1453 : Membongkar Pemikiran Strategik Sultan Muhammad Al-Fatih"

PEMBENTANG : Profesor Mohamad Redzuan Othman ( Dekan Fakulti Sejarah dan Sains Sosial, Universiti Malaya )

Kandungan KK1 :

# Memahami fakta-fakta penting sekitar Kerajaan Islam Othmaniyyah, Empayar Rome Timur Byzantine dan kota Konstantinopel pada 1453 Masihi

#Memahami fakta-fakta penting percubaan demi percubaan menawan Kota Konstantinopel sebelum percubaan akhir oleh Muhammad Al-Fatih

#Memahami fakta-fakta penting kronologi penawanan Konstantinopel dari 6 April hinggalah 29 Mei 1453 Masihi

#Memahami strategiknya pemikiran Sultan Muhammad Al-Fatih dan persiapan baginda dan tenteranya dari segenap sudut

#Mengenali secara tidak langsung sumber-sumber utama mengenai sejarah Sultan Muhammad Al-Fatih

********************************
KERTAS KERJA 2 : "Penawanan Konstantinopel 1453 : Ibrah Penting Buat Ummah”

PEMBENTANG : Ustaz Haji Hasrizal bin Jamil ( Saifulislam Training & Consultancy )

KANDUNGAN KK2 :

• Menganalisa ibrah atau pengajaran-pengajaran tersirat dari fakta-fakta tersurat mengenai kejayaan penawanan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fatih
• Menganalisa bagaimana mekanisme pembentukan Muhammad Al-Fatih dan sistem pendidikan dan peranan ulama yang unggul yang kemuncaknya adalah lahirnya sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera
• Mengemukakan saranan-saranan bertindak yang konstruktif kepada mahasiswa dan masyarakat sebagai terjemahan dari sikap Ulil Albab yang bijak mengambil pelajaran secara realistik dan praktikal daripada setiap peristiwa bersejarah

==========================


Best sangat seminar ni. Baru tahu rupanya 28/29 May merupakan hari memperingati pembukaan konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Dekat turki, rakyat disana menyambut hari ini untuk memperingati pembukaan. Banyak ibrah (pengajaran) yang dapat kita terap dari peristiwa pembukaan ini. Marilah kita menjadikan kisah ini sebagai pengajaran dan pembakar semangat. Seminar ini pertama kali diadakan di Malaysia. Tak sabar nak lihat seminar ini terus tersebar di seluruh Malaysia agar mereka tahu siapa Sultan Muhammad Al-Fateh. Rugi kalau korang tak kenal siapa dia.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe