Lepas makan pergi lepak ngan family aku. Embah aku pun datang juga. Paman ngan bibik pun datang juga tapi tak semua yang datang. Bapak aku la paling excited. Sebab dia membesar kat Perak sebelum berpindah ke Pahang untuk mengubah taraf hidup keluarga. Masuk2 je kawasan Langkap terus dia tunjuk mana rumah adik2 dan kakak2 embah. Hampir satu kampung sedara aku. Penat nak selidik tu anak siape, cucu siape, cicit siape. Bapak aku cerita kisah zaman dia kanak2, zaman dia tengah sambung belajar. Orang dulu2 susah hidupnya. Tengah dia cerita tu sekurang-kurang aku kenal dan tahu juga asal usul aku. Aku dapat tahu yang embah lanang ngan embah bedok dulu rupanya berjiran. Rumah mereka dekat sangat. Jodoh pun dekat. Macam bapak aku dengan mak aku. Rumah bapak aku cuma depan rumah mak aku kat Pahang.
Rumah embah lanang yg masih kekal hingga hari ini. |
Bila tengok rumah tu, teringat kata seorang makcik tu. Aku tak ingat nama dia dapi dia ingat nama aku. Segannye. Dia ingat aku suka main lompat2 katil kat rumah tu masa aku kecil. Nak tergelak kejap. Terfikir aku pernah main lompat2 ke kat sana. Nakal betul. Aku dikira famouse jugak la sebab aku anak sulung dan bapak aku juga anak sulung. Bapak aku dah menetap lama kat sana sejak dia bayi dan selalu jenguk rumah sedara setiap cuti penggal dari sekolah menengah sampai masuk universiti. Bapak aku kira terkenal juga kat kampung tu. Dah bapaknye terkenal aku sekali tumpang terkenal. Rumah tu masih kuat dan kukuh lagi tau. Dari cerita kakak embah,rumah tu sejak dari embah lanang kecik. Hampir 50 tahun jugak la usia dia. Kayu dia masih kuat dan tak dimakan anai2.
Kelemahan utama aku. Walaupun bapak aku asal Jawa tapi aku tak reti dan tak paham bahasa jawa. Bila kaum kerabat dia berjumpa je habis keluar Jawa dia. Aku terpingga-pingga jap. Tak faham apa yang diorang cakap. Tadi tengah2 duduk dekat khemah lepas makan kenduri, terdengar lagu kawin dalam bahasa Jawa. Paman aku jeling2 sambil senyum2 kat aku. Diorang saje je. Yela aku tak faham ape benda maksud lagu tu. Adik aku tak habis2 gelak sorang2 bila dengar lagu tu. Aku dalam diam pun gelak sorang2 juga.. Hmm...
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe