Kalau korang layan aku dengan baik korang akan nampak aku akan layan sehabis baik punya. Sampai korang rimas dengan aku. Tapi sekali korang buat benda aku tak suka dan memberi layanan yang buruk kat aku, korang akan lihat aku akan jadi budak paling jahat pernah korang lihat. Aku tak suka kalau orang mempergunakan kebaikan aku hanya untuk kepentingan diri korang. Tambah lagi kalau korang tipu aku dan mungkir janji dengan aku. Aku ni jenis on time person. Sekali korang tipu jatuh reputasi korang dimata aku. Selalu terkena. Hmm... Ape... Ingat budak baik selalu baik macam malaikat ke. Kena ingat budak baik ni boleh jadi jahat sebab budak ni manusia jugak.
Sunday, May 15, 2011
Panas...
Dasyat yek aku. Aku ni memang cepat naik angin ek. Kesian kat kawan2 aku. Aku tak bermaksud nak tinggikan suara. Kalau dilihat dari mata kasar kelihatan nada dan cara aku cakap macam orang marah. Tapi aku tak marah. Aku rasa cara aku cakap biasa je. Hari tu pun sama. Aku ternaikkan suara kat mak aku masa mak telefon aku. Huhu. Maap... Aku tak marah tapi kadang2 kala cara aku cakap dan nada macam orang marah. Bila la aku nak jadi budak baik ni. Selalu terlupa. Lepas dah buat baru perasan. Aku selalu buat kat kawan rapat aku, kat mak aku. Aku bukan saja2 nak marah. Aku bukan jenis senang naik angin. Tapi sekali aku naik angin memang dashyat korang kena. Yang selalu kena penangan aku adik2 aku. Diorang nakal. Saje nak test power aku. Orang cakap sekali buat tak tahu je. Bila dah banyak kali cakap sampai berbuih mulut baru nak buat. Benda yang ditegur bukan benda baru. Hmm... Lama2 terbiasa pulak cakap dengan nada tinggi. Aku rasa satu taman boleh dengar aku menjerit kat rumah.
Labels:
Coretan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe