- Beliau seorang Habsyi dan berkulit hitam.
- Beliau adalah muazzin Rasulullah. Muazzin pertama bagi Rasulullah dan Islam.
- Sebelum itu beliau seorang budak yang disiksa oleh tuannya dengan batu besar di tengah terik panas supaya meninggalkan Islam.
- Namun beliau menjawab, "Ahad ( Allah Maha Esa). Ahad (Allah Maha Esa).
- Sebelum beliau menjadi muslim, beliau hanya seorang budak belian yang mengembala unta tuannya dengan upah beberapa butir kurma.
Serba sedikit kisah Bilal ketika beliau baru memeluk Islam.
Sebelum Bilal memeluk Islam, dia adalah seorang hamba kepada Umayah bin Khalaf. Umayah bin Khalaf merupakan tokoh utama bani Jumah. Kerja Bilal ialah mengembala unta tuannya Umayah. Bilal mula tertarik dengan islam kerana kagum dengan sifat Rasulullah iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah seorang yang jujur, selalu menepati janji, peribadi mulia, berhati bersih dan cerdas. Suatu hari Bilal terbuka hatinya untuk memeluk Islam lalu berjumpa dengan Rasulullah untuk mengucap Syahadah.
Berita keislaman Bilal sampai ke telinga Umayah. Berita itu memberi satu tamparan hebat buat Umayah kerana membenarkan budak suruhannya memeluk Islam. Apabila Umayah berjumpa dengan Bilal, Umayah terus menyiksa Bilal. Bilal di baringkan di padang pasir yang panas lalu ditindihkan dengan batu besar yang juga panas. Mereka tidak akan berhenti menyiksa Bilal selagi tidak mengaku yang Lata dan Uzza adalah tuhan. Tetapi dengan cahaya keimanan yang kuat, Bilal tetap mempertahankan Allah.
Dibibirnya terkumat-kamit menyebut, "Ahad...Ahad..."
Bila tiba waktu petang pula, batu yang ditindih diatas badan Bilal diangkat kemudian Bilal diikat ditiang kayu lalu menyuruh anak-anak kecil melemparkan batu kearah Bilal.
Tetapi Bilal tetap menyebut kalimah." Ahad... Ahad..."
Di malam hari, mereka memberi tawaran kepada Bilal. "Jika kamu mengatakan baik terhadap tuhan Lata dan Uzza, kami akan lepaskan kamu". Bilal mengeleng kepala dan menyebut,"Ahad...Ahad..." Lalu mereka memukul Bilal.
Lihatlah saudara dan saudari, betapa tinggi keimanan Bilal. Walaupun disiksa seperti itu tetapi dia tetap dengan pendiriannya yang ALLAH ITU ESA. Marilah kita mencontoni keteguhan Bilal dalam menegakkan syariat Islam.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe