- Ukhwah adalah saudara iman.
- Tiada ukhwah tanpa iman. Tanpa iman, ukhwah tidak akan terjalin.
- Ukhwah islamiyyah lebih kuat daripada ikatan darah.
- Ukhwah merupakan sesuatu kekuatan jamaah.
- Untuk membina ukhwah, kita perlu berusaha. Minta pertolongan dari Allah.
- Ukhwah yang terjalin harus diperkukuhkan dengan pelbagai cara supaya tidak dinodai virus-virus ukhwah.
Apa yang kita lihat disini, ukhwah yang terjalin lebih kuat daripada perkenalan biasa sesama manusia. Kita selalu nak berkawan dengan orang kerana sesuatu, kerana pangkat, kerana sekepala, kerana sebab lain bukan kerana Allah. Persahabatan ini tidak akan berkekal lama. Kawan2 sebegitu suatu hari nanti akan tinggalkan kita. Bila dia senang, dia tinggalkan kita. Bila dia susah, dia cari kita. Jadi binalah persahabatan ini atas nama Allah. Kita berkenalan dengan kawan kita kerana Allah. Berpesan2 kearah kebaikan sesama rakan. Kawan yang baik tak akan memandang siapa kita, kelebihan kita, pangkat kita. Dia berkawan dengan kita untuk sama2 meningkatkat iman dan membimbing ke jalan yang benar.
memang benar...tq info yg berguna..
ReplyDelete