Hari2 aku panas. Dah la sejak 2 menjak ni kat luar tu panas. Adik aku memang nakal. Nak je belasah sampai lebam. Padanlah cikgu sekarang cepat naik angin. Haish... Aku dah la nak habis cuti. Pening pikir perangai adik2 aku yang menjadi-jadi. Korang ada tips tak nak buang sikap suka menipu ni. Dah marah sudah. Da dibelai2 sudah. Da belasah dengan rotan sudah. Tak boleh ke berterus terang je kan senang. Sekarang ni aku da jadi macam polis. A sampai Z aku tanya dia. Nak pastikan dia cakap betul ke tak. Kalau dia tergagap jawab tu kira menipu la tu. Kadang2 jawapan dia putar belit. Tadi terkantoi dengan mak aku. Adik aku memang pandai buat lawak antarabangsa. Ok budak2 memang suka mainan. Dia setiap hari bawak balik mainan. Bila aku tanya mana dapat mainan tu. Dia cakap kawan di bagi. Hari2 jawapan yang sama dia bagi. Semua mainan kawan dia bagi. Wah...kayanya kawan dia. Pengasah pensel pun sama. Dah berlambak kat rumah boleh bukak kedai jual pengasah pensel lagi tu. Bila tanya mana dapat pengasah pensel dia jawab kawan dia bagi. Adui.... Adui... Sabo jela. Kalau sekali dua dia cakap macam tu aku boleh terima. Bila jumpa barang baru dia bawak balik semua dia cakap kawan dia bagi. Hampeh punya budak.
Lama2 kan suara aku jadi besau asyik menjerit-jerit kat rumah. Malu kat jiran sebelah. Aku menjerit bukan saja2 nak jerit tapi adik aku. Sekali cakap macam mencurahkan air kat daun pisang. Bila banyak cakap samapi kering tekak baru nak dengar cakap. Hmm...
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe