Berita boikot nasi lemak tidak mengembirakan semua pihak. Pengakuan dan keluhan ikhlas dari adik aku sendiri. Dia cakap sejak boikot nasi lemak kat kantin, penjualan makanan kat kantin berubah kepada penjualan makanan tak sihat. Dia cakap kat kantin cuma jual biskut, nugget, hotdog salut tepung dengan roti. Dekat koperasi sekolah pula yang sebelum ini penuh dengan juadah pelbagai roti dan minuman bergas bertukar kepada biskut. Situasi ini bukan sahaja disebabkan oleh boikot nasi lemak tapi ada masalah persaingan. Akibat dari sekatan jualan ini adik aku hilang selera nak makan waktu rehat. Kadang2 dia cakap dia terpaksa makan biskut kat dalam kelas kerana terlalu lapar. Sejak semalam dia demam. Itu baru situasi di sekolah menegah. Tak tahu apa terjadi kat sekolah rendah. Tadi adik aku pergi klinik. Doktor kat klinik tu pun cerita pasal boikot nasi lemak dekat bapak aku. Dia pun tak berapa setuju dengan boikot tersebut. Dia cakap orang tua dulu2 pagi2 makan nasi takde pape pun.
Aku ingat berita boikot ni dapat membantu menyelesaikan masalah obesiti di kalangan pelajar. Aku pikir diorang boikot nugget dengan segala jenis makanan segera yang jual kat kantin. Rupanya tidak. Kat kantin sekolah adik aku masih menjual nugget dan makanan bergoreng. Sebab utama diorang obesiti bukan kerana nasi lemak tapi nugget, makanan segera, keropok yang berpaket2 entah siape yang buat, Mc Donald, KFC, Pizza Hut... Benda2 tu yang menyebabkan budak obesiti. Bila tengok balik situasi yang terjadi kat sekolah adik aku rasa boleh buat budak2 kat sekolah tu jadi kurus dengan makanan yang tak mengenyangkan.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe