Bila sudah tiba di perhentian Putra, lain pula masalahnya. Kami dan sekalian manusia yang mahu ke pameran buku tersekat di kaunter tiket. Alahai cik abang. Kitorang ni dah la penat berhimpit. Ni kena beratur pulak nak bagi tiket. Buka laluan satu pulak tu. Tak nampak ke ramai manusia kat belakang tengah tunggu. Tak pasal2 buang masa tunggu nak masuk. Sabo je la. Dah selesai bagi ticket terus pergi PWTC. Masa yang tinggal untuk merembat buku tinggal 2 jam je. Ni gara2 terlepas train.
Bila sampai kat PWTC, faham2 jela keadaannya. PWTC penuh dengan lautan manusia. Pening tengok ramai manusia. Kami pergi lawat tempat jual buku dari terbitan luar negara macam Mc Graw Hill, Pearson sebab tempat tu yang tak ramai orang. Ingat nak beli buku mathematics dari terbitan Mc Graw Hill tapi tak jumpa. Mana la tahu dia bagi discount ke. Hehe... Dah habis pusing2, kami pergi kat kawasan kegemaran budak2 sekolah. Ape lagi, tempat jual bermacam jenis buku rujukan, nota, latihan. Tempat ni memang penuh dengan budak2 sekolah. Kitorang pun menyelit-yelit nak tengok buku. Murah jugak harganya. Dah penat pusing, kitorang cari pula booth gempak starz. Bila da sampai tak bergerak pulak barisannya. Adui... Rasa jealous tengok diorang dapat beli komik plus beg. =_=.... Tengah jalan2 tu teringat pulak mana booth PTS dengan Ana Muslim. Pusing punya pusing jumpa jugak. Ho...Ho.... booth PTS dengan Ana Muslim paling ramai manusia. Alang2 masuk tu terus beli buku Ana Muslim dengan key chain. (macam budak2). Tengah pusing2 tempat tu lapar pulak. Dah tak larat nak berjalan lagi. Nak lepak kat kaki lima penuh pula orang. Last2 kitorang bungkus makanan pastu terus nak balik. Tengah on the way nak keluar dari PWTC, ternampak booth gempak starz di tingkat bawah. Bila ramai orang kat situ terus takde mood nak menyelit kat situ tambah perut dah lapar. Kitorang pun terus ke stesen ktm Putra.
Tak dapat beli komik tangkap gambar booth pun jadila... |
Bila nak sampai kat situ dari jauh dah nampak orang ramai berkumpul kat stesen tu. Adui...habisla... Ramai orang tengah bersesak nak beli ticket. Kat sana nak beratur beli ticket balik pun macam tin sardin. Kat situ orang nak beli ticket, kat situ juga tempat orang nak masuk dan keluar, kat situ juga orang nak pergi toilet. Nasib baik takde orang pengsan. Panas tambah dengan bermacam bau. Bertambah panas bila ada manusia yang tak reti beratur nak beli ticket. Nasib baik ada mamat kat belakang bagi warning kat si pemotong barisan. Aku kat belakang dah panas dan bertambah panas. Dah habis beli ticket terus tunggu train. Disebabkan perut dah lapar sangat aku biar 2 train ke Seremban pergi macam tu je. Adik aku dah bising tapi aku buat pekak je. Yang penting aku dah alas perut. Nanti nak guna tenaga berdiri kat dalam train.
The moral of the story :
1- Sabar. Jangan cepat merungut. Di dunia pun tak tahan dengan orang yang tak sampai 1 juta orang kat PWTC inikan di akhirat kelak yang entah keberapa billion manusia dikumpulkan.
2- Bertimbang rasa dengan orang lain. Orang lain pun beratur untuk mendapat sesuatu apatah lagi kita. Sama2 la kita merasa kesusahan.
3- Bila agaknya diorang nak upgrade perkhidmatan ktm. Kesian ibu bapa bawa anak2 kecik pergi PWTC naik ktm berhimpit-himpit tampa belas kasihan semata-mata nak dedahkan anak dengan dunia buku. Kesian budak2 perempuan kena berhimpit-himpit nak naik train sampai sanggup rapat2 dengan lelaki. Berdosanya. Memang masa kitorang pergi sangat tak sesuai tapi bilakah masa yang sangat sesuai? Lepas subuh sudah tunggu di kaunter ktm ke? Renung2kan la....
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe