Detik bersejarah bagi mereka yang baru masuk gombak sem 2, 2010/2011. Aku macam takde perasaan nak tengok result ( Aku memang takde perasaan memanjang). Semua orang takut nak tengok result sendiri. Buat apa nak takut tengok result. Result tu tuhan ke? Kite kena takut Allah bukannya result. (pengaruh buku Siri Pahlawan Islam : Abu Ubaidah ). Tunggu punya tunggu baru pukul 4 petang. Aku pula sibuk nak update blog aku. Kat facebook ada kawan aku sibuk perkenalkan video korea baru die. Aku layannn je. Yang sorang lagi sibuk tanya ok x die susun jadual subject dia. Aku pun layannn je. Terfikir pulak. Hari ni nak tengok result. Pelik la. Aku boleh relex. Hurm...
Tengah aku update blog, mak aku pula pelik tengok aku. Kebetulan bapak aku cuti hari ni. Dia pelik tengok kitorang duduk depan komputer dari tengah hari sampai petang. Mak aku cakap " elok la tu... dua2 berlawan mengadap komputer... Bapak ngan anak sama je..." Huhu... Pedas tu... Aku faham. Dia tertekan sebab sepanjang cuti setiap petang aku mengadap komputer. Bukan taknak berborak dengan Mak. Tapi aku nak bagi chance dia berehat. Nanti pukul 5 petang dia nak pergi kerja. Tapi cara dia cakap macam kita ngan bapal sama je perangai. Yela. Dah nama anak beranak. Bapak borek anak rintik.
Berbalik kepada cerita nak tunggu result keluar. Tengah sibuk2 online, tengok jam lagi 10 minit nak pukul 5 petang. Cepat2 aku bukak webside untuk tengok result kat internet. Siap letak password gitu. Tinggal nak tekan Enter je. Tepat2 pukul 5 petang..... Enter... Tengok result... Nak tergelak aku... Setakat ni semua lulus cuma statistic tak berapa nak memberangsangkan. Core course satu pun tak dpt A. Kena perbaiki lagi ni. Putus harapan nak jadikan ptptn sebagai biasiswa. Hmm...
Moral of the story :
1- Jangan overconfident. Bahaya tu. Disebabkan overconfident result aku sampai sekarang tak segempak mana.
2- Jangan study last minute. Apa yang aku dapat memang padan dengan usaha yang aku labur kat setiap subject.
3- Study group sangat membantu. Apa yang aku perhatikan dan alami, study dengan kawan yang berlainan lecture sangat membantu. Tapi lebih baik buat study group sebulan sebelum exam supaya lebih banyak ilmu boleh disedut dan sempat mengutarakan persoalan yang tak faham sama ada bincang dengan member atau dengan lecture.
4- Selalu bertandang ke library. Masa aku nak exam final baru aku tahu betapa seronoknya study kat library. Selagi library anda berfungsi gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Lepas ni aku nak lepak je kat library sepanjang semester.
5- Setelah berabis usaha jangan lupa pada pencipta kita. Solat cukup waktu, baca Al-Quran. Pagi2 baca Surah Al-Waqiah dengan Surah Al-Rahman. Pesanan dari mak aku.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe