Showing posts with label Alam. Show all posts
Showing posts with label Alam. Show all posts

Wednesday, April 29, 2015

Pengalaman yang paling 'indah' yang kedua pernah rasa

Dah lama saya dah tak sedu sedan menangis
Akhirnya menitik juga air mata ini

Ya, memang salah sendiri
Salah sendiri sebab tak bagi tahu kenapa tak datang kerja
Mereka berkali-kali telefon dan sms.
Saya dalam dilema sama ada nak bagi tahu atau tak
Nak bagitahu? Nak bagi tahu apa? Apa alasan sebab tak datang kerja?
Saya tak nak bagi tahu dan tak respon panggilan telefon dan sms mereka
sebab tahu yang saya tak akan diberi cuti atau pelepasan
hanya untuk pergi interview kerja
"Amaran" yang diberikan oleh cikgu penolong kanan.
Katanya, nak pergi interview kena lepas waktu bekerja. Lepas pukul 3 petang.
Ada ke interview lepas pukul 3 petang? Ada ke interviewer nak tunggu kita?
Katanya, nak minta cuti juga kena bagi alasan lain. Jangan bagi alasan nak pergi interview.
Tapi nak minta cuti tu kena ikut mood cikgu besar. Selalunya susah nak dapat cuti.
Jadi saya tekad untuk tetap pergi interview tanpa memberi tahu mereka.

Setelah selesai interview baru rasa nak jumpa mereka.
Pada mulanya nak berterus terang dekat cikgu besar tu.
Nak cerita segala-galanya. Tak mahu berselindung.
Buat apa nak bohong. Bagi tahu jelah pergi interview.
Buat apa nak cipta alasan yang tak wujud.

Tapi tuhan berkehendak lebih dari itu.
Saya dipecat terus tanpa diberi peluang untuk berkata apa-apa.
Tergiang-giang lagi kata-kata cikgu besar tu dalam telefon,
"Awak tak datang mengajar hari ini kan, baik awak berhenti terus!"
Setelah dia ucapkan kata keramat tu terus dia meluru naik ke bilik guru dan terus berjumpa cikgu penolong kanan. Nampak gayanya seperti sedang menyuruh sesuatu dengan nada yang serius.

Kemudian dia nampak saya dan terus datang meluru kepada saya.
Ketika itu saya dalam bilik dan dia membuka pintu selebar yang boleh.
Katanya, "Awak nak apa lagi? tak habis-habis menyusahkan saya. Takde nak bincang2. Baik awak berhenti dan keluar sekarang!."
Ketika dia berkata-kata, saya melihat semua cikgu2 diluar melihat saya dengan pandangan sinis dan kaget. Saya rasa malu dan sedih sangat melihat sikap cikgu besar tu. Nak marah pun ada.

Saya pun berlalu keluar sambil mengucapkan kata maaf kepada cikgu besar tu.
Saya dah tak mampu nak ucapkan apa2 pada masa tu melainkan kata maaf.
Ada beberapa cikgu terserempak dengan saya dan menegur ketika saya meluru keluar di tangga. Cikgu itu tidak tahu apa yang terjadi jadi saya cuma mampu senyum je.

Saya baru tak datang kerja tanpa diberitahu sekali
Tambah baru masuk kerja tak sampai sebulan
Tup tup kena buang. Tanpa diberi peluang untuk memberi penjelasan.

The moral of story, lain kali bagitahulah kalau tak datang kerja.
Tak baik biarkan diorang tertanya-tanya kemana menghilangnya kita
Memang padanlah kena buang.
Menyusahkan semua orang.

Second, stick in your mind....
Kerjaya guru terutama guru swasta ni perlukan pekerja yang setia sampai mati. Jadi bagi sesiapa yang mahu jadikan kerjaya guru swasta ni sebagai kerjaya sementara demi menanti kerjaya yang diidami dan diluar bidang pendidikan tu baik lupakan hasrat tu. Pengurusan sekolah swasta tak boleh menerima anda yang hanya mahu kerja sementara. Mereka tidak boleh terima bila dengar cikgu2 ni mahu mencari kerjaya yang lebih baik dari jadi cikgu. Bayangkan jika ada cikgu yang asyik cuti sebab nak pergi interview, macam mana pula dengan pelajaran anak murid tu? Tak ke terabai pelajaran budak2 tu.

Lastly, Allah nak uji. Nak lihat tabah tak kita bila nampak kerja kosong yang selari dengan kelulusan kita. Sebelum bekerja sebagai cikgu tak nampak pula bayang kerja kosong yang selari dengan kelulusan. Ni tiba2 banyak pula kerja kosong. Kamu kata nak jadi cikgu sebab suka mengajar. Tengok bila datang interview best2 tambah ikut kelulusan kita boleh pula gatal tangan nak mencuba. Bila cuba2 tu dapat pula ujian yang macam ni. Haha... Tak ke best.

Jadi semuanya berpunca dari salah sendiri.
Kalau saya tak pergi interview tu, saya mungkin masih mengajar lagi kat sekolah tu.
Dan masalah ini semua tidak akan terjadi.
Tapi bagus juga dapat merasai pengalaman best ni.
Jarang dapat kat mana2.
Dan sekarang aku bebas. Tiada siapa orang nak kongkong aku untuk pergi interview.
Tapi melopong seketika sebab dah hilang sumber pendapatan separuh.

Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa saya gatal tangan nak pergi interview tu?
Alasan cuma satu -> saya nak kerja yang punya sekuriti dan kemudahan terutama medical.
Antara kerja dengan pihak swasta dengan pihak kerajaan, mana yang anda pilih untuk bekerja?
Tambah yang panggil interview tu dari pihak kerajaan, rasa2 awak nak tak pergi interview tu?

Thanks my dear friend for the advance advice

Friday, June 29, 2012

Durian Merah di hutan Sabah


Durian Merah [sumber : iium online]


Pernah jumpa tak durian yang isinya berwarna merah? Bagi yang duduk di semenanjung, mereka pasti tak pernah lihat durian yang isinya berwarna merah. Tahu je dari kecil isi durian mesti warna kuning. Berbeza di Sabah. Durian mereka unik. Isinya berwarna merah. Orang kadazan dusun panggil durian ni sukang atau tabelak. Buah ini juga turut dipanggil durian hutan dan hanya tumbuh di kawasan hutan Sabah. Dikatakan isi durian ini nipis dan kering dibandingkan dengan isi durian biasa yang tebal dan lembut isinya. Rasanya lebih kurang sama dengan durian yang lain tetapi terdapat sedikit rasa masam2 manis rasanya.

Tengok pokok durian. [sumber]

P/s : telan air liur la tengok durian ni. Lain dari yang lain...




Sunday, June 03, 2012

Cendawan yang paling cool di muka bumi.


Kredit to/jimonlight.com
Cendawan yang bercahaya diatas ini diberi nama sebagai Mycena lux-coeli. Cendawan ini dikatakan hidup di Jepun ketika musim hujan di atas Chinquapin Tree. Ada fakta menarik tentang cendawan ini dari jimonlight.com. 
This species is exhibiting a quality called bioluminescence, which stems from a reactive protein or pigment in the plant.  These mushrooms, which the local folk refer to as shii no tomobishi-dake (an almost literal translation of “chinquapin glow mushrooms”) give off light when a chemical called luciferin gets oxidized, which makes the luciferin emit visible light – greenish-white visible light.  That's not an evil-sounding pigment, is it?  Funny enough, in Latin, lucifer means "light giver." ~jimonlight.com~

Chinquapin Tree
Lawakan cendawan tu. Selama aku hidup, tak pernah aku bayangkan yang kat dunia ni ada cendawan yang boleh keluarkan cahaya. Sungguh indah ciptaanNya. Dia menciptakan sesuatu yang kita sendiri pun tidak menyangka yang benda itu ada. Itu juga tandanya ilmu yang kita miliki terbatas dan dibandingkan ilmu yang Allah miliki, 7 lautan cecair dakwat pun belum cukup untuk menulis ilmu2 yang Allah miliki. Betapa kerdilnya kita sebagai hambanya. Jadi jangan rasa kita besar dengan apa yang kita ada kerana barang yang kita milik hanyalah pinjaman semata-mata. Renung-renungkanlah.

P/s : Cendawan bercahaya... Cool giler...
Syurga Allah... Pasti lebih cool...

Have you seen Maru? The best cat ever.


Best kan kucing tu. Montelnya. Nak peluk2 buat bantal peluk. Tahu tak, kucing ni dulu pernah hot kat youtube. Yang unik tentang Maru ni, Maru ni peminat kotak rupanya. Bila Maru jumpa kotak, mesti nak cuba muatkan diri dia ke dalam kotak tu. Bagi sesiapa ada kucing kat rumah tu, cuba test kucing ada untuk melihat kucing anda seperti Maru yang obses dengan kotak ataupun tidak. Kalau ya bagaimana ek? Hurm, putih yang dekat rumah tu pun tak obses sangat dengan kotak. Kalau kucing anda obses dengan kotak kiranya kucing anda ada kelebihan disitu. Err... Berbalik pada kisah Maru, kalau nak tengok lagi video pasal Maru, anda cuba cari account youtube dari mugumogu. Anda boleh tekan disini untuk memudahkan pencarian. Kat akaun tu banyak video tentang Maru. Best tau. 

Tuan empunya kucing tu juga ada buatkan blog khas buat Maru. Ada banyak photo menarik tentang Maru. Best tau. Anda boleh layari sisinmaru.blog. Harap maaf juga sebab blog tersebut ditulis dalam bahasa jepun. 

 credit to http://sisinmaru.blog17.fc2.com/
Untuk memudahkan pemahaman ketika membaca blog sisinmaru.blog, sila baca blog itu dengan mengunakan google translate. Hehe... Semoga hari2 anda ceria dan terhibur melihat gelagat Maru yang comel ini. 

P/s : Terus hilang stress bila tengok Maru... Comelnye...

Sunday, November 06, 2011

Semut Hitam

Terjumpa semut hitam ni kat Musolla. Tengah aku duduk khusyuk2 dengar usrah tetiba aku terpegang sesuatu. Ingat serpihan kertas kecil. Jari aku pun duk tenyeh2 benda tu tanpa tengok aku pegang apa. Bila aku tengok jari aku tetiba timbul rasa seram pula. Aku pula sedap2 tenyeh semut hitam tu. Kesian semut tu. Nasib baik aku tak tenyeh kuat2 macam aku selalu buat kat kertas. Tapi serius. Semut tu baik. Dia tak gigit pun aku. Tapi lagak dia macam geram sangat dengan aku sebab aku asyik tenyeh dia. Dia nak juga pergi dekat dengan aku. Pastu aku halang laluan dia dengan gulungan kertas. Dia tak naik pun atas gulungan kertas tu. Rupanya dia cari jalan lain nak pergi kat aku. Aku jumpa dia pastu tahan lagi dengan gulungan kertas. Pastu dia muncul lagi. Aku buatkan terowong guna kertas kat dia. Dia naik atas kertas tu pastu terus masuk terowong. Dia baik sangat. Dia duduk diam je dalam terowong tu. Tak macam semut lain. Kalau semut lain dah main lari2 dalam terowong tu. 

Lepas habis je usrah, aku lepaskan dia kat dinding musolla. Aku panggil kawan aku dan bagi diorang tengok semut tu, dia terus cakap, “ Eiii… Kerengga!!”. Aku cakap, “Mana adalah… Kerengga badan dia warna oren la. Yang ni hitam. Lagipun semut ni baik tak macam kerengga. Kerengga dia nakal sikit. Nak gigit orang je tahu.”.

P/s : Kawan aku cakap aku jahat sebab siksa dia. Huhuhu…
Hilang konsentrasi aku dalam usrah sebab duk melayan semut hitam ni. Kepala semut ni besar pastu tanduk dia macam sepit ketam. Agak mengerikan juga rupa dia. Cuma semut ni baik je.

Monday, October 17, 2011

Santai bersama kucing... Part 1






Terus terang dengan saya, siapa kat sini takut kucing?
Kalau takut sila angkat tangan dalam hati.

Kucing adalah makhluk paling comel dan pembersih. Bila dia lapar, dia akan buat muka yang sangat comel dan gaya yang teramat comel untuk meminta makanan. Dia sendeng2 badan dia, dia guling2 kecomelan, dia mengiau dengan penuh kemerduan dekat tuan dia. (ada orang nak muntah ke?) Bila dia dah kenyang, dia akan jilat kaki dia, jilat badan dia, semua tempat dia nak jilat. Itu tandanya kucing adalah makhluk pembersih. Rugilah kalau korang takut dengan kucing. Rasa nak pegang2, cubit2 kucing tu. Setakat ini bebelan saya, jumpa saya lagi kat "Santai bersama kucing... Part 2".

P/s : Saya tengah stress dengan assignment yang satu lagi ni... Tambah pula kena tegur dengan roomate foreigner sebab tengok aku membebel bila kunci tetiba tersekat taknak masuk kan tombol pintu. Tapi serius, sejak petang tadi kunci tu buat hal. Kalau ok takdelah aku nak memekak kat depan pintu. Dia cakap aku terlalu banyak fikir sampai tombol pintu tu nak tercabut dibuat aku. Hahahaha... T_T...
Tengok kucing ,kat atas tu lagi bagus... Meow... Meow...