Sunday, November 06, 2011

Semut Hitam

Terjumpa semut hitam ni kat Musolla. Tengah aku duduk khusyuk2 dengar usrah tetiba aku terpegang sesuatu. Ingat serpihan kertas kecil. Jari aku pun duk tenyeh2 benda tu tanpa tengok aku pegang apa. Bila aku tengok jari aku tetiba timbul rasa seram pula. Aku pula sedap2 tenyeh semut hitam tu. Kesian semut tu. Nasib baik aku tak tenyeh kuat2 macam aku selalu buat kat kertas. Tapi serius. Semut tu baik. Dia tak gigit pun aku. Tapi lagak dia macam geram sangat dengan aku sebab aku asyik tenyeh dia. Dia nak juga pergi dekat dengan aku. Pastu aku halang laluan dia dengan gulungan kertas. Dia tak naik pun atas gulungan kertas tu. Rupanya dia cari jalan lain nak pergi kat aku. Aku jumpa dia pastu tahan lagi dengan gulungan kertas. Pastu dia muncul lagi. Aku buatkan terowong guna kertas kat dia. Dia naik atas kertas tu pastu terus masuk terowong. Dia baik sangat. Dia duduk diam je dalam terowong tu. Tak macam semut lain. Kalau semut lain dah main lari2 dalam terowong tu. 

Lepas habis je usrah, aku lepaskan dia kat dinding musolla. Aku panggil kawan aku dan bagi diorang tengok semut tu, dia terus cakap, “ Eiii… Kerengga!!”. Aku cakap, “Mana adalah… Kerengga badan dia warna oren la. Yang ni hitam. Lagipun semut ni baik tak macam kerengga. Kerengga dia nakal sikit. Nak gigit orang je tahu.”.

P/s : Kawan aku cakap aku jahat sebab siksa dia. Huhuhu…
Hilang konsentrasi aku dalam usrah sebab duk melayan semut hitam ni. Kepala semut ni besar pastu tanduk dia macam sepit ketam. Agak mengerikan juga rupa dia. Cuma semut ni baik je.

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe