Saturday, November 12, 2011

Ni rusuk lembu ke atau ekor lembu?

Pada suatu hari yang hening...

Emak : Bella, nanti kamu kerjakan tulang2 lembu tu ye. Lepas basuh semua tulang2 tu masukkan dalam preasure cooker tau. Pastu terus masukkan sup bunjut dengan rempah sup tulang. Mak nak pergi kerja dah ni. Jangan Lupa tau.

Bella : (tengah gosok2 mata). Baik mak.

Dalam peti ais tu ada rusuk lembu, sebahagian tulang belakang lembu dan satu batang tulang yang dipercayai ekor lembu. Jadi sudah menjadi tugas aku hari ini untuk mengerjakan tulang2 tu sebelum mak balik kerja. Kiranya bila mak dah sampai rumah, tulang2 lembu tu pun dah berada dalam preasure cooker. Nak senangkan kerja mak. Hehe...

Bella : Dah pukul 3 petang. Nak kena siapkan tulang2 tu.
Semua dah keluarkan. Rusuk lembu, ekor lembu dan dua ketul sendi tulang belakang lembu. Masa untuk buang lemak lembu. Yang putih2 tu dibuang. Mak kata putih ni lemak.


Ish... Benda panjang ni ekor lembu ke? Wah.. First time tengok. Kat hujung sekali tajam sikit. Dah tahu dah.
Kerasnye bende ni. Tulang ke kayu ni? Mak suruh potong kecil2. Hurm... Teruskan memotong.
Tulang yang dipercayai ekor lembu.
Wah... Kerasnye... Tak sangka ekor lembu ni keras jugak ek. Macam nak patah je aku tengok pisau ni. Kuat juga tulang ni. Agak2 jiran2 ingat aku buat ape ek. Kuat giler bunyi potong tulang ni. Aku tengok makcik aku rilex je potong tulang kat kampung hari tu. Sekali libas je. Hurm...
Dipendekkan cerita, tulang2 tu dibersihkan dan kemudian dimasak
Di meja makan...

Bapak : Mananye ekor lembu?
Emak  : Tanya anak kamu tu. Dia yang potong tadi.
Bella   : Jap... Nak cari dalam periuk...
            Ha... Ni bukan ekor lembu ke?
Bapak : Ni bukan ekor lembu. Ekor lembu tulang dia tak sekeras macam ni.
            Dia punya tulang ada sendi2.
            Ni semata-mata tulang. Tulang rusuk ni.
Bella   : La... Yeke... Padanlah keras semacam masa potong tadi.
Emak  : Lain kali masa orang tengah masak tu tengok. Nasib baik tak patah pisau aku.

The moral of story : Rajin2lah pergi dapur ek.

Ada journal pasal daging : [Link]

1 comment:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe