Wednesday, November 09, 2011

Kembara Ukhwah... Part 2

Lepas habis jogging, kitorang teruskan program dengan pengisian rohani pula. Ada kakak bagi usrah untuk program riadah kali ini. Memang best. Terkesan juga kata2 dia. Yang paling terkesan bab perubahan lepas sertai program tarbiah. Memang diakui yang saya ni lambat sikit nak follow buat benda yang sunat2 macam solat dhuha, solat tahajud, puasa2 sunat dan solat sunat rawatib. Sejak akhir2 ni kakak usrah selalu tanya tentang2 ibadat sunat ni. Bila ditanya memang timbul rasa segan sebab saya tak buat. Takat baca dan dalami maksud ayat quran tu adalah. Bila kakak ni bercerita tentang kesan lepas sertai usrah, saya rasa macam apa perubahan saya. Selama ini saya hanya ingin tahu dan hanya menambah pengetahuan sahaja. Untuk mengamalkan apa yang saya tahu tu masih tak terlaksana lagi. Bila difikirkan balik rasa rugi kalau saya hanya datang usrah setakat nak tahu tapi taknak buat. 
Macam ustaz UNGS cakap,” Dia tahu tapi taknak amalkan apa yang dia tahu, dia umpama syaitan”. Syaitan tahu siapa itu Allah tapi dia tak mahu ikut perintah Allah. Malah menyesatkan lagi manusia. 
Nampaknya, saya kena perlahan2 mula buat ibadah sunat tu. Sampai bila saya nak tangguh2. Hal dunia sudah cukup, bagaimana pula hal akhirat. Bila2 pun kita akan mati. 
 
Lepas program pengisian rohani, kitorang main games outdoor. Antaranya main baling2 selipar, isi air dalam botol pakai straw, cari gula-gula dalam tepung dan beregu. Main2 baling selipar tu yang seorang tu baling selipar kat longgokan selipar yang didirikan pastu bila selipar tu jatuh, ahli kumpulan tu kena berdirikan balik seliparnya. Sambil2 diorang tengah dirikan selipar tu, ada kumpulan lain baling selipar kat orang yang tengah dirikan selipar tu. Yang kena baling tu dikira mati. Aku tak tahu nama game ni dan sesuka hati panggil main baling2 selipar. First time main kot. 
Bak kata kawan saya, budak2 bandar mana main benda2 macam ni... T_T
Yang isi air dalam botol tu memang best. Seorang isi air dan seorang lagi pegang botol dan botol tu kena letak atas kepala dia. Memang mandi kat situlah nampaknya. Cari gula-gula dalam tepung pun best jugak. Semua orang muka dia penuh dengan tepung. Terutama muka saya. Waaa... Diorang nak tangkap gambar saya. Tapi nasib baik sempat melarikan diri. Hohoho... Beregu pula soalan dia banyak tentang artis2. Contoh soalan macam “Maher Zain berjalan-jalan ke Jalan Tar membeli lansir”. Yang lagi best “Siti Nurhaliza makan nasi lemak sambal sotong”. Agak2nya gaya apa nak dibuat supaya orang lain faham.

Lepas penat2 main games kitorang lunch bersama-sama. Memang seronok makan ramai-ramai. Dia bagi bookmark sekali sebagai kenang-kenangan. Suka baca kata-kata kat bookmark tu. Pastu berkenalan dengan majalah Sinergi. Sebelum ni Cuma tahu majalah solusi dan GenQ. Ni ada majalah baru pula.


Hurm... Ni dia bookmark yang kita dapat. Gambar kurang jelas.  



P/s :Wah... Sangatlah best hari tu. ^___^

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe