Kerana assignment, aku terpaksa mencari buku.
Nak harapkan maklumat dalam internet memang tak boleh pakai.
Maklumat yang sama tapi terdapat unsur tokok tambah yang entah mana info owner website tu dapat. Yang lagi best ejaan nama lain2. Contoh nama penuh Al-Khawarizmi, ada yang kata nama dia Abu Abdallah Muhammad Ibn Musa Khawarizmi, ada pula yang kata nama dia Abu Ja'far Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Yang lagi best cara diorang eja nama kitab al-Khawarizmi. Ada yang eja nama kitab dia Hisab Al-Jabr wal Mugabalah ada yang pula yang eja Hisab Al-Jabr wal Muqabala. Typo error ke atau tak reti eja. Aku tak jumpa nama kitab ni dalam versi tulisan arab. Beginilah jadinya kalau tulisan arab tu dirumikan sampai tak tahu mana satu yang betul. Itu baru bab cerita pasal Al-Khawarizmi. Tokoh2 lain tak tahulah jadi lagu mana. Sampai dah pening tak tahu nak pilih yang mana. Nak kena tulis semua ke?
Yang tentang buku, aku tertarik dengan buku "Al-Khawarizmi : The inventor of Algebra"
Isi buku ni best giler. Dah lebih tahap giler dah. Aku review kat Google Books. Tapi percaya tak buku ni takda kat Malaysia. Buku yang sebagus macam ni pun takda kat Malaysia. Kat Singapore ada, kat Yishun Public library dan Choa Chu Kang Public Library. Kenapa harus di Singapore dan mengapa tidak di Malaysia. Aku masih terima kalau kat Library IIUM takda buku ni tapi aku tak dapat nak terima kalau buku ni takda kat Perpustakaan Negara. Apa yang aku sedang fikirkan? Aku fikir agak2 apa je yang ada kat Perpustakaan Negara. Seperti kata lecture saya, In islamic economy, the scarcity not exist as whole but relatively exist. Scarcity exist because of lack of knowledge, not enough time to discover and lack of effort. Seperti dalam kes ni, pihak Perputakaan Negara tak tahu agaknya tentang kewujudan buku ni. Hurm...
P/s : Nampaknya aku lebih memilih untuk update blog dari update assignment. Petang ni pergi date dengan library.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe