Friday, November 11, 2011

Sistem Ujrah PTPTN

Tengah2 search tentang PTPTN untuk assignment, terjumpa artikel best dari Berita Semasa.

Memang dia detailkan cara pengiraan upah perkhidmatan. Seperti yang sedia maklum sebelum ni upah yang dikenakan 3% dan sekarang dah bertukar kepada 1%. Yang 1% ni dipanggil Sistem Ujrah. Sistem Ujrah ni upah setahun pada kadar sama rata. 
Formula nak kira upah berdasarkan Sistem Ujrah :
Upah = Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik
Berbeza dengan kiraan upah perkhidmatan sebelum ini. Yang 3% tu.
Formula nak kira upah perkhidmatan sebanyak 3% (sistem lama)
Jumlah baki pinjaman x 3% (setiap tahun)
Tinggi juga upah mengunakan sistem lama daripada Sistem Ujrah. Tengok formula pun dah tahu. Nasib baik juga dah bertukar sistem. Nak baca artikel penuh, silalah klik [disini]... Banyak benda korang dapat bila baca artikel tu. Lagi best bila baca comment kat artikel tu. Hehe...

Hari tu keluar kat berita yang PTPTN hanya akan beri pinjaman untuk bayar wang pengajian sahaja mulai tahun 2013. Duit poket? Hurm... Kerajaan dah merajuk ek sebab ramai tak bayar pinjaman... [Link]

P/s : Tak jadi nak buat disadvantage pinjam PTPTN sebab interest tinggi. Sekarang dah bertukar sistem baru.
Harap2 dipermudahkan untuk bayar hutang belajar ni lepas graduate.

Erk... Jangan contohi perangai ni...
Buruk beno perangai...
(Pesanan untuk diri sendiri juga... T_T)

2 comments:

  1. wahh slmt tak pjm ptptn
    tp mmg makin mrah la kn

    ReplyDelete
  2. Apa boleh buat... Tu je choice yg ada... huhu

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe