Thursday, November 17, 2011

Kawan sejati? Ade ke?

Kawan sejati...
Apakah itu? Wujud ke kawan sejati ni kat dunia ni?


Bagi saya sudah hampir 20 tahun berkenalan dengan orang, saya masih tak jumpa pun kawan sejati ni. Mungkin pandangan atau tanggapan saya terhadap seorang kawan sejati terlalu tinggi. Tapi apa yang saya berani katakan, orang ni banyak sangat perangai dan sukar difahami. Kalau kita ikut sangat perangai orang ni kita juga jadi pening. Susah nak jumpa kawan yang bila kita susah dia sedia membantu. Ramai juga kawan yang bila kita senang, dia pun ada.

Cuma dalam beberapa situasi ini yang saya agak terkilan dengan sikap kawan. Waktu dalam kelas, ketika buat assignment, kita bersama. Tetapi bila kita bercuti, sudah berada dalam rumah sendiri, kita lupakan kawan. Even kawan message tanya homework memang jenuh menuggu balasan. Seperti bapak saya cakap, mereka ada komitmen masing2, ada kehidupan masing2, ada keluarga sendiri. Jangan diharapkan sangat dengan kawan bila time cuti panjang. Tapi malangnya saya masih tak boleh terima kenyataan ini. Mungkin terlalu rapat dengan kawan sampai time cuti pun masih nak contact lagi. Bukan seorang dua tapi ramai.

Situasi kedua bila kawan yang kita dah kenal lama tetiba layan kita macam orang asing. Bila tanya khabar macam nak tak nak je jawab. Bila berjanji nak buat itu buat ini last2 tak jadi. Sampai aku pun terikut buat perangai tak senonoh tu. Perangai janji dengan orang tetapi tak tunaikan. Bila orang buat kat kita marah tetapi bila kita buat kat orang takpe pula. Last2 saya diamkan diri je. Buat macam saya ni tak wujud dalam diri dia. Dan nampaknya dia memang nak macam tu pun.

Saya rasa macam dah serik pula nak rapat dengan orang. Kawan biasa2 sudah. Tak payah nak rapat sangat. Bila dah rapat sangat mulalah sakit hati. Salah sikit dah terasa. Lepas ni saya kembali jadi seorang yang pendiam dan jadi pemerhati jelah. Dengar je. Saya memang suka mendengar dan malas nak keluarkan pendapat sendiri sebab tiada siapa yang nak dengar. Sebab tu saya suka dengan blog. Saya boleh luahkan apa sahaja. Biar saya seorang sahaja yang bersuara. Pendapat saya dapat diutarakan disini tidak kira logic atau tak logic. Saya juga suka blog sebab benda2 yang saya nak share boleh share kat sini. Macam lawak2 yang best, ilmu, berita, saya boleh share disini. Kalau nak cerita dekat orang memang susah nak suruh diorang dengar. Last2 dia tukar topik lain. Hurm...

P/s : Jadi kawan biasa sudeh. Penatlah nak cari kawan sejati. Baik aku kawan dengan buku. Macam mak aku cakap. Terima kasih mak atas nasihat mak. Lepas ni kawan dengan buku jelah. Lagipun dah nak final examkan.

2 comments:

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe