Tuesday, November 08, 2011

Kembara Ukhwah... Part 1

Hari ahad 2minggu lepas, aku dan kawan2 aku pergi satu program. Program ni buat kat Female Sport Complex, IIUM. Memang best sangat. Program ni start pukul 7.15pagi sampai 1.00 petang. Mula2 kitorang taaruf (ice breaking) dulu. Sebelum taaruf, ada games sikit. Kitorang main “mak2 tanya anak”. Tapi aku tak tahu tajuk sebenar game ni tapi cuma tahu cara nak main je. Mula2 buat bulatan dan seorang berdiri dalam bulatan tu. Seorang yang berdiri dalam bulatan tu jadi mak. Orang yang jadi mak tu kena tanya soalan. Soalan nak ditanya, ikutlah dia nak tanya apa. Tempat tinggal ke, bilangan adik beradik ke, ikut dia. Tapi mula2 dia kena ikut dialog ni, “mak2 nak tanya, Siapa yang….. (soalan yang ingin ditanya)”. Orang yang duduk kat bulatan tu jadi anak dan kena peka dengan soalan mak. Contoh mak tanya, siapa yang duduk Selangor, anak2 yang duduk Selangor kena masuk bulatan bersama mak dan bila mak kata ”mak2 nak masuk bulatan”, mak dan anak kena masuk bulatan. Orang paling last masuk jadi mak.  Memang bestlah game ni. Lepas main game, kitorang start bertaaruf. 

Lepas taaruf, kitorang berjogging keliling sungai kat Female Sport Complex. Memang cuci mata tengok keindahan pohon2 hijau. Aku dan kawan aku siap bermain-main lagi masa jogging. Jumpa lalang yang bunga dia macam ekor kucing. Bila tengok lalang tu teringat masa zaman sekolah rendah. Masa tu memang suka mengutip lalang tu buat main. Bila pegang bunga tu rasa macam pegang ekor kucing.

Macam ni rupa lalangnye. Cilok kat Google.

Masa tu juga timbul idea jahat. Terfikir idea best nak kejut kawan untuk bangun subuh. Caranya, ambil lalang tu, pastu lalu2kan lalang tu kat hidung kawan. Hahaha… Memang la terasa nak kena campak ke luar tingkap. Tengah2 jogging tu ternampak pula bangau tengah breakfast. Comel la bangau tu.


Hehe... Kecik pula gambar bangau ni...

Apa yang terjadi lepas berjogging? Nak tahu?
Tunggu sambungannya... ^^
 Part 2 disini

3 comments:

  1. cepat-cepat sambung..

    tak sabar pulak nak baca.

    program ukhuwah macam tu..

    nampak best aje.. [^^,]

    ReplyDelete
  2. kecik sangat gambar bangau :p

    ReplyDelete
  3. Faaein Talip Roy : Hehe... Jap lagi saya post sambungannya...

    Keroro : Hurm... Tula... Kecik pula gambar bangau tu...

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe