Korang pernah tak terkena yang search provider korang yang sebelum ni bertukar ke search provider lain. Contohnya sebelum ni korang biasa search pakai Google, tapi tetiba satu hari tu dia bertukar Baidu. Biasanya search provider ni bertukar bila korang baru install software baru dari internet. Alang2 korang install product dia, dia bagi sekali search provider. Kadang2 tu kalau korang tak baca betul2 masa nak install, dia akan tolong installkan anti virus ataupun paling common toolbar. Kat installer tu biasanya dia bagi tahu benda dia nak install dalam komputer dan kita boleh pilih untuk tidak install benda2 tambahan tu.
Bahaya ke kalau search provider bertukar dengan sendirinya?
Nak kata bahaya tu saya tak tahu. Cuma agak melecehkan dan menyusahkan. Cuba bayangkan selama ini korang search pakai Google lepas tu tetiba pula dia bertukar ke search provider yang kita tak biasa guna. Yang Baidu tadi tu search provider yang 100% dalam bahasa cina [Link]. Bila nak tukar balik kepada Google, dia tak bagi. Secara automatik dia buat default. Kalau korang rajin nak tekan home setiap kali nak search, tak jadi masalah. Tetapi bagi mereka yang terus type keyword kat bar, menjadi satu beban.
Macam mana nak betulkan?
Untuk Mozilla Firefox
Klik kat Firefox, cari Help dan klik kat Restart with Add-ons Disabled...
Kemudian akan keluar dialog box dan tekan Restart
Untuk Internet Explorer
1- Pergi dekat Tools
2- Tekan Manage Add One
3- Pastu akan keluar dialog box. Kemudian, tekan Search Providers.
4- Pilih search provider yang mahu dijadikan Default. Kat gambar tu Bing dijadikan default.
5- Kemudian Remove search provider yang tak berkenaan.
Semoga berjaya dan harap tutorial ini membantu. ^^
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe