Wednesday, April 29, 2015

Pengalaman yang paling 'indah' yang kedua pernah rasa

Dah lama saya dah tak sedu sedan menangis
Akhirnya menitik juga air mata ini

Ya, memang salah sendiri
Salah sendiri sebab tak bagi tahu kenapa tak datang kerja
Mereka berkali-kali telefon dan sms.
Saya dalam dilema sama ada nak bagi tahu atau tak
Nak bagitahu? Nak bagi tahu apa? Apa alasan sebab tak datang kerja?
Saya tak nak bagi tahu dan tak respon panggilan telefon dan sms mereka
sebab tahu yang saya tak akan diberi cuti atau pelepasan
hanya untuk pergi interview kerja
"Amaran" yang diberikan oleh cikgu penolong kanan.
Katanya, nak pergi interview kena lepas waktu bekerja. Lepas pukul 3 petang.
Ada ke interview lepas pukul 3 petang? Ada ke interviewer nak tunggu kita?
Katanya, nak minta cuti juga kena bagi alasan lain. Jangan bagi alasan nak pergi interview.
Tapi nak minta cuti tu kena ikut mood cikgu besar. Selalunya susah nak dapat cuti.
Jadi saya tekad untuk tetap pergi interview tanpa memberi tahu mereka.

Setelah selesai interview baru rasa nak jumpa mereka.
Pada mulanya nak berterus terang dekat cikgu besar tu.
Nak cerita segala-galanya. Tak mahu berselindung.
Buat apa nak bohong. Bagi tahu jelah pergi interview.
Buat apa nak cipta alasan yang tak wujud.

Tapi tuhan berkehendak lebih dari itu.
Saya dipecat terus tanpa diberi peluang untuk berkata apa-apa.
Tergiang-giang lagi kata-kata cikgu besar tu dalam telefon,
"Awak tak datang mengajar hari ini kan, baik awak berhenti terus!"
Setelah dia ucapkan kata keramat tu terus dia meluru naik ke bilik guru dan terus berjumpa cikgu penolong kanan. Nampak gayanya seperti sedang menyuruh sesuatu dengan nada yang serius.

Kemudian dia nampak saya dan terus datang meluru kepada saya.
Ketika itu saya dalam bilik dan dia membuka pintu selebar yang boleh.
Katanya, "Awak nak apa lagi? tak habis-habis menyusahkan saya. Takde nak bincang2. Baik awak berhenti dan keluar sekarang!."
Ketika dia berkata-kata, saya melihat semua cikgu2 diluar melihat saya dengan pandangan sinis dan kaget. Saya rasa malu dan sedih sangat melihat sikap cikgu besar tu. Nak marah pun ada.

Saya pun berlalu keluar sambil mengucapkan kata maaf kepada cikgu besar tu.
Saya dah tak mampu nak ucapkan apa2 pada masa tu melainkan kata maaf.
Ada beberapa cikgu terserempak dengan saya dan menegur ketika saya meluru keluar di tangga. Cikgu itu tidak tahu apa yang terjadi jadi saya cuma mampu senyum je.

Saya baru tak datang kerja tanpa diberitahu sekali
Tambah baru masuk kerja tak sampai sebulan
Tup tup kena buang. Tanpa diberi peluang untuk memberi penjelasan.

The moral of story, lain kali bagitahulah kalau tak datang kerja.
Tak baik biarkan diorang tertanya-tanya kemana menghilangnya kita
Memang padanlah kena buang.
Menyusahkan semua orang.

Second, stick in your mind....
Kerjaya guru terutama guru swasta ni perlukan pekerja yang setia sampai mati. Jadi bagi sesiapa yang mahu jadikan kerjaya guru swasta ni sebagai kerjaya sementara demi menanti kerjaya yang diidami dan diluar bidang pendidikan tu baik lupakan hasrat tu. Pengurusan sekolah swasta tak boleh menerima anda yang hanya mahu kerja sementara. Mereka tidak boleh terima bila dengar cikgu2 ni mahu mencari kerjaya yang lebih baik dari jadi cikgu. Bayangkan jika ada cikgu yang asyik cuti sebab nak pergi interview, macam mana pula dengan pelajaran anak murid tu? Tak ke terabai pelajaran budak2 tu.

Lastly, Allah nak uji. Nak lihat tabah tak kita bila nampak kerja kosong yang selari dengan kelulusan kita. Sebelum bekerja sebagai cikgu tak nampak pula bayang kerja kosong yang selari dengan kelulusan. Ni tiba2 banyak pula kerja kosong. Kamu kata nak jadi cikgu sebab suka mengajar. Tengok bila datang interview best2 tambah ikut kelulusan kita boleh pula gatal tangan nak mencuba. Bila cuba2 tu dapat pula ujian yang macam ni. Haha... Tak ke best.

Jadi semuanya berpunca dari salah sendiri.
Kalau saya tak pergi interview tu, saya mungkin masih mengajar lagi kat sekolah tu.
Dan masalah ini semua tidak akan terjadi.
Tapi bagus juga dapat merasai pengalaman best ni.
Jarang dapat kat mana2.
Dan sekarang aku bebas. Tiada siapa orang nak kongkong aku untuk pergi interview.
Tapi melopong seketika sebab dah hilang sumber pendapatan separuh.

Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa saya gatal tangan nak pergi interview tu?
Alasan cuma satu -> saya nak kerja yang punya sekuriti dan kemudahan terutama medical.
Antara kerja dengan pihak swasta dengan pihak kerajaan, mana yang anda pilih untuk bekerja?
Tambah yang panggil interview tu dari pihak kerajaan, rasa2 awak nak tak pergi interview tu?

Thanks my dear friend for the advance advice

5 comments:

  1. Kenapa tak kata emergency leave je.. ada urusan krluarga... itu je cara klu nk amik cuti... slalunya diorang x blh buang pekerja mcm tu je, kira salah.. majikan blh amik tindakan buang bila pekrrja tak hadir 2hari berturut turut tanpa notis.. bawa kes ni ke pejabat buruh, tuntut gaji yg tak dibayar skali dgn pampasan.. msa amik krrja tu ad sain kontrak perjanjian tak... ada simpan tak surat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo. Begitu ke alasan nak minta cuti. Baru tahu. Saya budak baru nak berjinak-jinak dlm alam pekerjaan ni... Haha.

      Gaji tu majikan ada nak bagi tapi dia bagi masa sehari utk ambil dan cashkan cek kat bank. Bagitahu utk ambil gaji pun last minit sampai xboleh nak ambil sbb xde transport utk ke tmpt kerja. Tengoklah seminggu dua ni mcm mne respon diorg.

      Yang lagi best masa ambil kerja pun surat pun takde. Bila tanya ada surat tak, katanya surat tu akan dibagi. Tapi entahlah agaknya kerja pun pun baru 10 hari, surat tak sempat nak bagi tup tup kena buang. haha

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ok lah mcm tu. Kira ok la, dia bg gaji kita bekerja tu.. . cuma kalu tak dtg tu inform la, kesian kat diorang mencari cari... kata je emergency leave- family matter.. alasan ni standard la sbb dlu ak gi interview kilang baru bukak, ak jumpa sorang ni jawatan kat kilang lama dia HR manager dtg tuk interview, sembang punya la lama then ak tanya dia amik cuti ke, dia kata dia inform pejabat dia amik emergency leave ad hal penting.. HR manager pun bg alasan mcm tu... jadi biasa la, jgn dok risau kalu nak gi interview ke apa...

    Yang surat perjanjian masa sign tu kena mintak salinan.. slalunya hr akan bg salinan bila dah sain.. cuma kalu dia tak bagi tu, kena mintak bersungguh dgn diorang.. sbb bnda tu penting sbagai rujukan kita, sbb ada state jumlah waktu kerja, cuti, ot, benefit. Lagi satu surat yang kita sain tu berguna sebagai rujukan kita bila kita bak berhenti.. sbb dlm tu ada state notis pemberitahuan berhenti kerja.

    Berguna bila kita nak lawan kes bila pape terjadi.. sbb bila kita bekerja ni, ada undang undang di bawah selian pejabat buruh.. pape problem masa kerja blh bincng ngan hr or gi pejabat buruh dgn bawa surat tu, sana ada pegawai tuk kita berbincang.. surat tu jugak penting tuk buat pinjaman bank, sbb salah satu requirement tuk bank since diorang perlu proof kita kerja kat situ selain slip gaji yg kita dpt setiap bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. maka saya kena ambil pengajaran dari pengalaman kali ini. Haha
      Bila dah terkena baru nak terfikir balik.
      Terima kasih atas komen dan nasihat. Lepas ni kena berhati hati. :)

      Delete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe