Terus terang dengan saya, siapa kat sini takut kucing?
Kalau takut sila angkat tangan dalam hati.
Kucing adalah makhluk paling comel dan pembersih. Bila dia lapar, dia akan buat muka yang sangat comel dan gaya yang teramat comel untuk meminta makanan. Dia sendeng2 badan dia, dia guling2 kecomelan, dia mengiau dengan penuh kemerduan dekat tuan dia. (ada orang nak muntah ke?) Bila dia dah kenyang, dia akan jilat kaki dia, jilat badan dia, semua tempat dia nak jilat. Itu tandanya kucing adalah makhluk pembersih. Rugilah kalau korang takut dengan kucing. Rasa nak pegang2, cubit2 kucing tu. Setakat ini bebelan saya, jumpa saya lagi kat "Santai bersama kucing... Part 2".
P/s : Saya tengah stress dengan assignment yang satu lagi ni... Tambah pula kena tegur dengan roomate foreigner sebab tengok aku membebel bila kunci tetiba tersekat taknak masuk kan tombol pintu. Tapi serius, sejak petang tadi kunci tu buat hal. Kalau ok takdelah aku nak memekak kat depan pintu. Dia cakap aku terlalu banyak fikir sampai tombol pintu tu nak tercabut dibuat aku. Hahahaha... T_T...
Tengok kucing ,kat atas tu lagi bagus... Meow... Meow...
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe