NST-Saturday 13 June 2015
Pride in being 'pendatang'
Dari tajuknya pun macam biar betul. Bangganya bila menjadi pendatang.
Saya suka dengan komentar penulis itu dimana dia melontarkan pandangan dia tentang pendatang. Penulis tersebut memberi padangan dari sudut perspektif berbeza. Dia tidak melihat pada perbezaan warna kulit dan asal usul akan memberi masalah kepada negara malah lebih melihat pada kontribusi dari individu itu. Sememangnya penduduk Malaysia ini asalnya memang seorang pendatang. Orang Melayu asalnya dari kepulauan Melayu di sekitar Tanah Melayu. Orang Cina pula asalnya dari Tanah Besar China. Begitu juga dengan orang India. Tapi mereka datang lebih awal dahulu sebelum merdeka. Jadi mereka sudah lama menetap di bumi Malaysia. Jadi tidak pelik bila melihat rupa wajah penduduk Malaysia yang berlainan dari satu sama lain akibat dari perkahwinan campur. Tidak seperti di negara Afrika terutama di Somalia, rupa wajah mereka seakan-akan sama dan mereka senang dikenali melalui wajah mereka. Haha. Dah lari jauh dari point utama. Sememangnya betul. Saya pernah diajukan soalan oleh rakan dari negara Afrika yang menanyakan kenapa rupa wajah penduduk Malaysia tidak seragam. Katanya ada yang rupa macam Chinese sikit. Ada yang macam Indonesia sikit. Tidak seperti negaranya yang rupa penduduk di negaranya seakan-akan sama. Masa tu tak terfikir nak jawab apa dan cuma balas itulah keunikkan penduduk Malaysia. Haha
Namun dari satu segi lain ia dapat mengancam kedudukan penduduk tempatan disebuah negara tersebut. Bila pencapaian diutamakan tanpa mengira asal usul dan warna kulit, yang pasti siapa yang usaha lebih akan berjaya. Mari lihat pendatang sebagai imigrant yang datang selepas merdeka. Dalam konteks tahun mendatang ini, jika pendatang lebih bersemangat untuk mencari rezeki berbanding dengan penduduk tempatan maka pendatang akan mendapat lebih banyak sumber negara berbanding penduduk tempatan. Lama kelamaan pendatang pula yang kuasai sumber negara. Tapi bukankah penduduk tempatan seharusnya kena berusaha lebih lagi supaya dapat menguasai lebih banyak sumber negara dari terus diambil oleh pendatang?
Dari segi pertukaran mata wang asing, Ringgit Malaysia akan mengalir keluar lebih banyak kerana berlakunya pindahan wang ke luar negara oleh pendatang itu sendiri. Sememangya pendatang tersebut datang Malaysia untuk mencari rezeki demi menyara keluarga di negara asalnya. Kenapa mereka sanggup bekerja di Malaysia? Antara sebabnya penduduk Malaysia baik-baik belaka dan negaranya aman sentosa. Ada yang beri mereka kemudahan menyewa rumah. Mereka didahulukan untuk diberi sewa berbanding penduduk tempatan. Ada yang memberi kemudahan berniaga. Yang pasti mereka kena berkahwin dengan rakyat tempatan supaya mereka dapat berniaga dengan tenang. Sebab utama kenapa mereka sanggup bekerja di Malaysia? Sebab mereka rajin. Merekalah tukang sapu, tukang potong rumput, sanggup ketuk pintu rumah untuk jual permaidani, jadi operator kilang, buruh binaan pun ada. Dimana adanya kerja yang rakyat tempatan tak sanggup nak buat, mereka ada untuk mengisi kekosongan tersebut.
Apa2pun, itu sekadar pendapat peribadi. Begitu juga dengan komentar penulis dalam akhbar itu. Setiap pandangan itu ada pro dan cons. Jadi, bila dah mempunyai pandangan tertentu itu kenalah juga hadapi pro dan cons dia juga.
P.s : Sentap gue bila nak menghabiskan penulisan ini. Kenapalah gue ni malas sangat nak cari kerja. Orang asing lagi rajin dari gue.
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe