Memikirkan nasib badankah kamu?
Bersyukurlah wahai diri.
Kamu masih mempunyai nikmat yang lain.
Kamu mungkin hilang sesuatu.
Tetapi kamu mempunyai sesuatu lebih berharga dari yang hilang itu.
Duhai hati mengapa bersedih hati?
Hiduplah dengan caramu.
Mereka tidak mengerti akan kamu.
Buatlah hal yang kamu sukai.
Selagi tidak jauh dari landasan syari'e.
Duhai hati mengapa bersedih hati?
Kadang kala dunia ini seakan tidak adil.
Yang berkuasa mengunakan kuasa dengan rakus.
Bermahajarela seakan semua rakyat jelata reda dengan perbuatannya.
Tidak peka dengan kesusahan rakyat jelata.
Yang dibawah ditindas, dihimpit dan dimaki
Seolah-olah hilang nilai insani.
Selamatkan diri kamu dari atmosphera itu.
Jadilah kamu hamba yang bebas merdeka.
Duhai hati mengapa bersedih hati?
Sudahkah kamu kembali ke pemilik hati?
Mengapa kamu menjauhi diri daripada-Nya?
Jangan siksa dirimu lagi.
Dia tidak rugi apa2 kerna Dia pemilik segalanya.
Segeralah kembali kepadaNya.
Selagi nyawa masih dikandung badan.
Duhai hati mengapa bersedih hati?
Terimalah segalanya dengan hati terbuka.
Gunalah budi bicara dan akalmu untuk bertindak dengan tepat.
Lebihkan mendengar dari berkata-kata,
agar kamu bisa menunjukkan peribadi yang hikmah.
Usah bersedih duhai hati,
Ini semua duniawi,
Berkejar-kejaranlah kamu mengaut isi duniawi
umpama hidup seribu tahun lagi
Tetapi jangan lupa amal ibadatmu
seolah-olah kamu bakal mati keesokan hari.
[Sumber] |
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe