Monday, June 24, 2013

Baki hutang ptptn. Waris kena bayar?

Link

Kesianlah peminjam ptptn yang kembali ke rahmatullah.
Hutang tak habis bayar lagi.
Macam mana waris dia nak bayarkan?

Asalnya kita tandatangan perjanjian PTPTN tu hutang kan? 
Kenapa pulak kena kesian tetiba? 
Hutang wajib dibayar dalam Islam, tiada siapa paksa kita amik ptptn.

Memang tiada siapa yang paksa.
Ptptn tu kan pinjaman pelajaran.
Dah kata nak sambung belajar, tiada tabungan jadi berhutang jelah caranya.

Kenapa dulu tak belajar betul2?
Bagi dapat banyak A solid dalam SPM.
Supaya senang dapat biasiswa.
Takdelah nak dibelengu dengan hutang2.

Dah nak buat macam mana.
Setakat tu je dapat keputusan SPM.
Memang tak layak nak dapat biasiswa untuk sambung belajar.

Tengah belajarkan sekarang?
Apa kata bagi dapat pointer 3.7.
Terus dapat tukar ptptn kepada biasiswa.

Memang itu impian sejak menjejak kaki ke menara gading ni.
Dekat tetapi tak capai2 lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebenarnya si peminjam ptptn tak perlu risau.
Jika si peminjam meninggal dahulu sebelum sempat langsai hutang,
baki pembayaran pinjaman ptptn akan terus dilansai oleh pihak insuran.
Pihak waris hanya perlu ke pejabat ptptn dan tunjuk sijil kematian si peminjam.

Penjamin loan kita, hanya akan membayar on behalf kita jika
1) Peminjam enggan bayar
2) Peminjam muflis / bankrup (ada loan tertentu tidak perlu)
3) Peminjam menghilangkan diri (bukan mati)
4) Peminjam hilang kewarasan

Ini bukan omongan kosong ya.
Akhbar utusan pernah melaporkan "Waris tidak perlu langsai hutang PTPTN si mati"

Jadi jangan risau jika hutang ptptn tak sempat bayar.
Bagi peminjam yang dapat kerja tu, bila2 nak bayar?
Kerajaan nak pusing duit nak bagi pinjam kat adik2 yang nak masuk universiti. :P

Waris tak perlu risau. Ada jaminan takaful untuk membayar balik baki pinjaman yang belum di bayar oleh peminjam. Jadi waris tak perlu sambung pembayaran PTPTN.





3 comments:

  1. Post ni still valid ke? Abg sy baru ja meninggal dunia 4 bulan lepas. Parents sy dah pergi ptptn tunjuk semua dokumen yg berkenaan. Alhamdulillah duit khairat kematian ada diberi. Tapi still kena bayar baki pinjaman.

    Mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tulis post ni berdasarkan keratan akhbar yg saya linkkan kat post ni. Kena tanya dulu kat pegawai yg uruskan kes abang cik. Sebaiknya print keratan akhbar tu dan tanya terus kat pegawai terlibat. Dalam keratan akhbar tu terang2 bagi tahu yg baki pinjaman dibayar oleh pihak insurans kalau si peminjam telah meninggal dunia.

      Delete
    2. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

      Link keratan akhbar

      Delete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe