Ops, kisah ini harus dihentikan sampai disini kerana ada bahagian kurang sesuai disitu.
Bahagian mana kurang sesuai itu?
Sikap panas baran si suami itu?
Bahagian itu memang tidak sesuai dan dianjurkan dalam agama supaya belajar menahan amarah.
Bukankah orang yang gagah itu orang yang dapat tahan amarahnya.
Jadi bahagian mana yang kurang sesuai?
Bahagian jiran tetangga melabelkan penyakit misteri yang dialami si suami itu adalah balasan Allah atas perbuatan buruk si suami itu.
Macam mana jiran itu tahu yang penyakit misteri itu adalah balasan dari Allah?
Sering kali berlaku di dalam masyarakat kita, sikap yang sesuka hati melabelkan sesuatu. Kita sering melabel bila orang itu ditimpa kesusahan mesti sebab dia banyak dosa. Kiranya kesusahan itu balasan atas dosa. Bila dilimpahkan kesenangan pula mesti sebab orang itu banyak buat baik kat dunia ni. Kiranya macam ganjaran atas kebaikan dia. Anda pasti?
Bagaimana pula dengan orang yang ingkar dikurniakan kekayaan yang melimpah ruah sampai tak cukup tempat nak simpan harta. Bagaimana pula dangan orang baik2, soleh solehah ditimpa kesusahan. Bukankah mereka orang baik2? Seharusnya mereka perlu dapat ganjaran cash atas kebaikan mereka.
Sekali lagi, siapalah kita untuk melabel orang begitu atau begini.
Siapalah kita juga untuk tentukan orang itu patutnya hidup begitu atau begini.
Barangkali apa yang dikurniakan oleh Allah itu ada hikmah disebaliknya.
Ada hikmah disebalik musibah.
Ada juga hikmah disebalik kesenangan itu.
Dua2 itu adalah ujian.
Bukan kerana si pulan itu buat dosa dan balasan dosanya mesti bala.
Barangkali balasan dosanya itu dalam bentuk kesenangan.
Kita tiada kuasa untuk menentukannya.
Kesimpulannya,
Tidak kira kesenangan atau kesusahan,
jangan merungut,
jangan cepat menilai,
jangan cepat melatah
jalaninya dengan tabah
muhasabah
kerana setiap kesenangan dan kesusahan tersimpan 1000 hikmah
yang barangkali tidak tercapai dek akal kita
P.s : Sedih mendengar bila ada orang melabel banjir di kuantan adalah bala dari Allah atas sesuatu. Anda pasti?
[Sumber] |
No comments:
Post a Comment
Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe