Sunday, December 22, 2013

Kuasa Introvert



Hari ni sudah belajar sesuatu. Hasil inspirasi dari video atas ni dan semalaman tengok cerita Naruto. Again? Tak sangka seorang introvert mampu mengubah dunia. Dengan penemuannya, buah fikirannya. Selama ini fikir yang seorang introvert adalah seorang yang suka menyendiri, pendiam dan tidak lantang untuk mengeluarkan buah fikirannya. Sering juga fikir yang orang extrovert ni lagi hebat dari orang introvert. Menjadi introvert ni macam loser. Tetapi bagi Susan Cain yang seorang introvert juga merasa orang introvert ni hebat dan ada beza antara malu dengan pendiam. 

Refleksi pada diri ini yang selama ini sangat meminati bidang design sampai sangup belajar sendiri dari youtube, pergi kelas dan mencari tutorial dalam website di internet. Padahal tidak reti menaip masa zaman sekolah dulu. Dekat rumah tiada komputer. Lepas habis SPM baru nak belajar. Tidak sangka yang aku boleh belajar dengan secepat itu. Mungkin minat barangkali.  Tapi aku tidak pula mencari jalan untuk mengubah diri dari pendiam ke orang yang lantang mengeluarkan idea. 

Ya, aku memang kurang bakat untuk menyuarakan idea. Dalam kepala bermacam macam buah fikiran. Ada idea tapi pendam. Tidak tahu bagaimana nak menerangkan. Macam Susan Cain terangkan dalam video itu, dia mempunyai beg yang berisi buku2 yang baik tapi dia hanya simpankan sahaja beg itu tanpa pengetahuan orang lain. Umpama dia ada idea dan pendapat yang menarik tapi dia diamkan sahaja. Aku cuba untuk menyampaikan. Bila sampaikan, yang keluar dari mulut hanya beberapa. Aku hanya berkata sedikit dan tidak menerangkan secara terperinci.

Tiba2 aku teringat kisah Naruto yang pada mulanya budak lembap yang tiada apa2 kemahiran pun untuk menjadi ninja tetapi dengan semangat tidak mahu mengalah dia berusaha untuk menjadi seorang ninja yang hebat. Zero to Hero. Untuk menjadi hebat bukan kerana bakat tapi sikap itu sendiri. Aku memang tiada bakat untuk bercakap. Tetapi takkan nak biarkan begitu sahaja? Seringkali ada presentation kelas, aku diantara yang berkata sedikit. Aku tak menghuraikannya terperinci. Seringkali iri dengan pelajar yang outspoken. Tetapi pernah sangka tak apa yang pelajar itu lalui untuk menjadi outspoken?

Nak dapat sesuatu kena usaha.
Memang manusia kat dunia ni dikurniakan kepakaran tertentu 
Lebih kat bidang lain tapi kurang kat bidang lain
Tapi itu bukan penghalang untuk mengakui kelemahan
Kemahiran berkomunikasi itu penting
Survival
Sudah tahu tiada bakat itu maka carilah
Ambil semangat jangan mudah mengalah

[sumber]

Introvert pun boleh jadi outspoken jugak

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe