Tuesday, December 17, 2013

Keliru

[Sumber]

Aku dekat mana sekarang?
Kenapa rasa kosong?
Mana diri aku dahulu?

Kenapa aku jadi sangat penakut?
Aku lebih selesa melakukan perkara yang aku biasa buat.
Kenapa tidak mahu cuba benda yang kamu tak jangka?
Takut gagal?
Takut pandangan orang?
Kamu rasa tidak mampu?

Apa yang aku dah buat?
Kenapa tak sedar benda itu dahulu?
Setelah selesai semuanya baru sedar.
Adakah itu detik untuk aku mengubah?
atau detik ujian untuk aku supaya tetap atas pendirian?

Kenapa aku jadi semakin malas?
Mana semangat berkobar kobar dahulu?
Mengapa semakin malas untuk belajar?
Apa sudah jadi?

Whenever you lose interests in learning and books,
its time to re-check your heart.

*Ikhlas itu kunci kepada berkatnya ilmu*  

Aku kurang ikhlas.
Aku kurang amal.
Aku kurang serba serbi.
Dah tahu kurang kenapa tak perbaiki.
Nak tunggu sampai bila?

Please check back this post -> Tanda lemah iman dan cara mengatasi

Allah dah bagi hint kat kamu,
tak sedar lagi ke?
Allah dah susun kawan baik dekat kamu,
Kurang kawan tapi punya kawan yang berkualiti,
Penasihat ramai, contoh dimana mana,
Allah dah letak kamu di tempat yang baik,
Allah dah pelihara kamu dari berikhtilat dari luar batasan
walaupun paksaan pada mulanya.
tak sedar lagi?

Berubahlah...
Teguh pendirian kamu,
Bergerak...
Sabar dan Istiqamah...

Dunia ini medan ujian
tempuhi dengan cemerlang
supaya dapat bersenang lenang di syurga.
Usah dipikirin benda remeh temeh.
Periksa balik niat...

Menulis itu kencang biar sekencang perbuatannya...

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe