Saturday, December 21, 2013

First Aid skill officially end and see you again

Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Rasa nak senyum selebar lebarnya hari ni...
Exam skill 2 sudah berakhir.
Yang bestnye hari ni dapat pergi exam dengan tenang.
Tak macam semester lepas. Pergi exam terkejar kejar sebab tak ingat bila exam skill 1.
Nasib baik assistant trainer tu baik. Siap call lagi.
Tapi memang sedihlah masa tu sebab tak baca apa2.
Rasa macam dapat kosong je.
Tapi hari ni exam dapat jawab banyak. Suka suka...

Saya ambil skill First Aid.
Antara skill yang saya belajar untuk menjadi First Aider yang berjaya ialah skill merawat luka, merawat tulang yang patah, macam mana nak rawat orang tercekik dan rawatan kecemasan macam CPR. Belum peringkat pakar lagi. Bolehlah sekadar nak beri pertolongan awal. Nak rawat lebih2 tu kenalah bagi orang yang lebih pakar. Banyak juga benda dapat di pelajari seperti macam mana nak jadi confident. Kenalah confident. Kalau tak confident macam mana nak beri pertolongan awal kat pesakit.

Konklusinya skill ni macam skill yang korang belajar bila korang masuk persatuan bulan sabit dan merah masa sekolah dulu2. Saya tak masuk persatuan tu dulu masa sekolah. Ni dah masuk universiti baru teringin nak masuk. Harap apa yang di pelajari sepanjang 2 semester ni akan lekat di ingatan sampai bila2. Rugilah kalau ambil skill hanya untuk nak lepas credit hour supaya dapat graduate.

Kat uia ni ada banyak lagi skill lain2 boleh belajar. Macam archery (memanah), cooking, sewing, debating, swimming, community service, automotive dan banyak lagilah. Cara pembelajarannya juga lain2 mengikut skill yang diambil. Skill ni boleh diambil bila dah lepas ambil halaqah 1, halaqah 2, parenting dan leadership. Nak lagi rare, masuk terus wataniah dan palapes. Itu dah masuk training ala tentera. Bagi fit sikit itu body. hoho

Nak share sikit gambar.

Recovery position [Sources]

CPR [Sources]


first aid kid [Sumber]

P.s : 1 down. 5 more

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe