Saturday, November 02, 2013

Luncur ais. Kesannya...

[Sumber]

Luncur ais atau nama englishnya ice scatting merupakan sukan yang tidak asing lagi.
Di Malaysia, walaupun keadaan muka bumi Malaysia yang beriklim tropika namun sukan ini masih popular dikalangan orang ramai. Antara tempat yang memberi kemudahan luncur ais malah tidak asing lagi iaitu di Sunway Piramid.

[Sumber]

Namun, adakah anda menyedari kesan sampingan dari sukan ini?
Hah, penat nak terangkan secara formal.
Begini, terdengar satu kisah benar dari seorang sahabat.
Dia memang peminat tegar sukan ini.
Sejak kecil lagi dia sudah berjinak jinak dengan sukan.
Tambahan pula dengan dorongan bapanya yang setiap kali pulang dari kerja mesti bawa sahabat ini meluncur. Sudah menjadi lumrah, untuk menjadi peluncur ais yang handal harus mengalami rasa kepayahan untuk mengimbang badan diatas ais yang licin. Ais memanglah licin. Dia sejak kecil bermain sukan sudah hampir 50 kali jatuh kerana gagal mengimbangi badan. Sepatutnya bila dah jatuh tu kena pergi mengurut. Namun dia tidak pergi mengurut. Kini dia mengalami kerosakan tulang belakang akibat bermain sukan luncur.

Jadi, apa pengajarannya? Sukan ni merbahaya sangat ke?
Mana2 sukan pun merbahaya. Nak bermain luncur ais tak salah.
Cuma perlu diingatkan kesan sampingan bila bermain sukan terutama luncur ais ni.
Bila nak bermain luncur ais ini perlu ada gurunya. Terutama yang beginner.
Mungkin guru tu dah berpengalaman dalam sukan luncur ais dan dapat mengajar kita untuk mengimbangi badan dengan baik. Nak menguasai sesuatu perlu ada caranya.

Selain tu, diingatkan bila dah jatuh tu cepat2 pergi mengurut.
Bab jatuh2 ni tak boleh dibuat main.
Kadang2 jatuh tu boleh tersalah urat,
organ dalaman jadi lari kedudukannya terutama perempuan.
Perempuan kalau bab jatuh2 ni sangat sensitif.
Tak silap, ada caranya nak jatuh paling selamat kalau rasa2 tak boleh nak imbangkan badan. Nak tahu kenalah berguru.

Setakat ini sahajalah perkongsian.
Jangan pernah serik untuk bersukan jika anda tahu bagaimana caranya.
Majulah sukan untuk negara. hehe

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe