Saturday, November 23, 2013

Sentuhan Allahyarham Akhi Ahmad Ammar

Ahmad Ammar?
Siapakah dia?
Mengapa dia begitu sensasi di laman social
itupun setelah pemergiannya.

Pada mulanya daku buat tidak entah,
tidak berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang akhi ni.
Tetapi makin hari makin banyak news feed tentang akhi ni.
Itu mampu menimbulkan rasa ingin tahu 
kenapa akhi ni begitu terkenal dan diminati.

Maka,
daku mencari dan membuka video tentang akhi ni di youtube.



Setelah habis menonton video tu
entah kenapa hati ni jadi sayu
tersentuh seketika.
Daku tak kenal pun akhi ni,
tak pernah jumpa tapi muka nampak familiar.

Yang pasti akhi ni seorang pemuda berjiwa besar.

Sejak menonton video ini
daku membuka kembali post2 yang di share di laman social
cara hidup dia, tingkah laku dia
begitu mengagumkan
ia mengingkan aku tentang akhlak rasulullah
atas penceritaan sahabatnya sendiri
susah nak jumpa orang begini zaman sekarang

Menjadi tanda tanya...
bagaimana dia dididik?
Sehingga dia membesar begitu rupa.
Akhi ni dan daku dari segi umur dah macam adik dan kakak
Dia mampu untuk berfikir dan berbakti buat umatnya di usia yang muda.

Secebis kisah dari lukisan



daku jumpa lukisan ini dari fb milik akhi ini.
Begitu mendalam makna lukisan ni.
... apa yang telah aku capai selama 20+ hidup? ...

Akhi itu hanya perlu 20 tahun untuk manfaatkan hidupnya.
Kita bagaimana?

No comments:

Post a Comment

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe