Ingat lagi tak aku pernah tulis pasal Blue Screen Error jumaat lepas? [Link]
Semalam tengah aku duduk berborak dengan bapak, tetiba pula ringan pula mulut cerita pasal masalah laptop aku yang dah semakin menjadi-jadi ni. Tercakap pula laptop aku tiba2 shut down pastu kuar benda biru macam kat bawah ni. Aku memang suka biru tapi tidak pada biru kat bawah ni.
Pastu bapak tanya selalu ke laptop shut down sendiri. Aku jawablah sejak aku cuti 2 bulan ni, nak dekat 3 kali jugak dia shut down sendiri. Bapak aku pun diam. Dia cakap, laptop aku ni dah tak lama dah. Dia dah bagi warning tu. Mungkin dia akan shut down selama-lamanya (maksudnya : rosak). Nak baiki, barang gantian untuk laptop aku ni dah takda. Kalau ada pun mahal. Jarang orang baiki laptop. Bila dah rosak, buang. Lainlah Desktop. Baik beli yang baru. Memang aku pakai laptop lama. Pakai chip Intel Celeron. Walaupun laptop ni pakai chip Intel Celeron, tapi masih boleh guna Window 7 sebagai OS. Cuma nak guna Window Vista je tak boleh sebab chip dan RAM tak cukup.
Lagipun bateri laptop ni baru je rosak hari tu.
Kalau aku guna bateri, dia bagi aku masa 30 minit je. Dari tahan 1 jam berkurang jadi 30 minit. Tengok peratus bateri ada macam air dia bergerak. Selang seminit 1% kurang. Bila leka sikit tak pasang wayar, tup mampus laptop aku. Sabo jela.
Aku ni ganas sangat ke guna laptop sampai hancus laptopnye.
Laptop ni bapak aku beli dari arwah adik bapak. Dia beli pun dari rakan pejabat dia. Maksudnya aku guna laptop 3rd hand bukan 2nd hand dah... Tapi aku bersyukur sangat. Dengan laptop ni alu dapat belajar guna komputer. Sebelum ni aku dikira buta IT jugak. Dari belajar menaip, buat presentation slideshow, buat database , buat kunci kira-kira dan ledger. Kenal apa itu virus, worm. Segala jenis software, firewall, photoshop. Belajar nak buat e-mail account, myspace account dan segala jenis account yang ada kat internet. Paling berjasa, bantu aku mencari nota2 tambahan kat internet. Rasa sayang pula bila dia rosak masa ni. Baru nak pasang angan2 nak graduate dengan laptop ni. Tapi nampak macam dia dah tak larat nak tunggu 3 tahun lagi.
P/s : Kesian dengan bapak. Bonus raya dia habis buat baiki kereta yang nyawa2 ikan tu. Ni tanbah laptop aku pulak. Mana nak cekau duit. Kat bagus kalau aku dapat memungut hasil dari Nuffnang, ChurpChurp dan Says. Tapi apakan daya. Nak sampai 10 henget pun sakit. Macam tak raya pulak rasanya...Hmmmm....
sama la cik bella laptop kite pon wt hal jgk.. kaur screen biru 2 tensen nyer...
ReplyDeleteBetul tu... Jadi stress pula tengok laptop dah bengong... Hmmm... sabo jela...
ReplyDelete