Friday, August 12, 2011

Keseimbangan mana yang bagus?

Bercerita tentang keseimbangan.Teringat pula kata-kata lectureku...
Perbezaan keseimbangan yang Allah telah tetapkan dengan keseimbangan yang manusia tetapkan.

Keseimbangan yang Allah tetapkan.
Dalam konteks keseimbangan yang Allah tetapkan, kita boleh lihat dari segi bagaimana kitaran air hujan berlaku.


Allah telah mengatur kitaran air sebegitu cantik sekali. Pernahkah kita dengar air laut naik melimpah secara tiba2 sehingga menengelamkan pulau kerana kitaran ini dan pernahkah juga kita dengar yang air laut tiba2 kontang kerana kitaran ini? Begitu cantik sekali aturan Allah.

Tidak lupa juga kejadian siang dan malam.


Allah telah tetapkan tempoh siang dan malam. Ada tempat waktu siangnya lama dan ada tempat yang waktu malamnya lama. Ada juga tempat tempoh waktu siang sama dengan waktu malam. Ini kerana setiap tempat mempunyai berlainan struktur geologi dan mempunyai ekologi yang tersendiri. Cuba bayangkan jika tempoh siang di kutub utara lebih lama, agak2 apa yang akan jadi pada penduduk bumi?

Seperti mana Allah telah jelaskan didalam Al-Quran: (surah Al-Baqarah ayat 164)

2:164

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.



 Keseimbangan yang manusia tetapkan

Pernah dengar teori demand and supply?
Teori Demand (Permintaan) dan Supply (Penawaran).
Demand - Semakin tinggi harga ditawarkan, semakin rendah kuantiti barang yang di minta. vice versa.
Supply - Semakin tinggi harga yang ditawarkan, semakin tinggi kuantiti barang yana di keluarkan. vice versa.

Yang jadi persoalan tentang teori ini bukan kepada demand and supply teori tapi demand and supply equilibrium teori- keseimbangan permintaan dan penawaran (tengok rajah). Lectureku menimbulkan persoalan tentang teori keseimbangan ini. Untuk mencapai tahap keseimbangan dalam sesuatu pasaran, mereka perlu melalui process lebihan permintaan dan penawaran serta kekurangan permintaan dan penawaran. Bukan itu sahaja, keadaan pasaran juga tidak selalu berada dalam titik keseimbangan menyebabkan sebelah pihak terpaksa berkorban (rugi) dan sebelah pihak pula mendapat faedah (untung). Kadang2 berlakunya lebihan permintaan (barang yang diminta lebih dari barang yang dijual) sehinggakan pengguna terpaksa menawarkan harga yang tinggi untuk mendapatkan barang tersebut. Dalam kes ini peniaga yang untung. Kadang2 pula berlakunya lebihan penawaran iaitu lambakan barang untuk dijual sehinggakan terpaksa dilupuskan barang tersebut. Dalam kes ini pengusaha yang rugi. 

Kesimpulannya... Apa yang manusia tetapkan tidak setanding dengan apa yang Allah tetapkan... Jadi mengapa manusia masih berbangga dengan undang2 sendiri hingga melupakan apa yang Allah nyatakan dan tetapkan dalam Al-Quran?

P/s : Aku budak jurusan ekonomi, jadi contoh dari buku ekonomi juga yang aku petik. Tapi lecture yag aku maksudkan dalam ni memang lecture ekonomi pun.. Hehehe

2 comments:

  1. panjang lebar, hehe.

    sebab itu la kita kena bersederhana, supaya seimbang.

    jasmani dan rohani :)

    ReplyDelete
  2. terpanjang pula entry kali ini. hehe

    Betul3...
    Keseimbangan itu penting lebih baik dari berlebihan...^^

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe