Sunday, August 14, 2011

Penampilan mencerminkan status kita?


Lokasi : Kedai runcit Makcik Tipah

KES 1
Safiyah
Safiyah datang ke kedai makcik Tipah untuk membeli kelapa parut untuk dibuat solok lada untuk berbuka puasa. Ketika hendak meminta pekerja kedai tersebut memarut kelapa, berlakulah perbualan antara pekerja kedai dengan Safiyah.

Safiyah : Bang, nak kelapa parut satu. Nak yang putih je.
Pekerja : Kelapa parut... Baik kak...
Safiyah :....... (tua sangat ka aku ni)

Selang 10 minit kemudian...
Pekerja : Nak kak, kelapa siap...
Safiyah : Terima kasih... :)

KES 2
Julia
Julia datang ke kedai hendak membeli kelapa parut juga. Julia nak guna kelapa tu untuk masak lemak ikan keli. Ketika hendak meminta pekerja kedai tersebut memarut kelapa, berlakulah perbualan antara pekerja kedai dengan Julia.

Pekerja : Hai adik manis... Mahu pesan apa?
Julia : Bang, nak kelapa parut satu.
Pekerja : Boleh... Tunggu ya...
Julia :..... 

Selamg 10 minit kemudian...
Pekerja : Ini dia... Nah...
Julia : Terima kasih...

KES 3
Niki datang ke kedai hendak membeli kelapa parut. Niki terpaksa pergi ke kedai kerana mak dia suruh. Ketika hendak meminta pekerja kedai tersebut memarut kelapa, berlakulah perbualan antara pekerja kedai dengan Niki.

Niki : Bro nak santan satu.
Niki
Pekerja : Santan mana pulak ni? Santan kat sana...
Niki : Brooooo... nak santan tu... yang isi dia warna putih tu bila perah...
Pekerja : OoOo.. Kelapa... Cakaplah kelapa.... (Ish budak ni)...Nak berapa?
Niki : Satu... Cepatlah sikit bro...
Pekerja : Sabarlah... (tak sabar betul)

10 minit kemudian...
Pekerja : Nah santan...
Niki : Bro... Bro pun cakap ni santan... cayalah...
Pekerja : Dah3... Pergi main jauh2....
Niki : Thanks Bro..
Pekerja : Apa nak jadilah budak2 sekarang...

P/s : Apa pendapat korang tentang KES 1 dan KES 2?
Pernah terjadi dalam hidup korang? 
Erk... KES 3 tu cuma tambahan sahaja...hehehe

6 comments:

  1. pernah je...paling best bila jalan dengan adik saya, saya jadi adik, adik saya jadi kakak....hehe...=p

    ReplyDelete
  2. 1&2 tu dua2 pernag ;D

    ReplyDelete
  3. hehe, kadang-kadang memang jadi camtu. sebab muka tu jadi first impression kita nak describe awek atau mak orang :P

    ReplyDelete
  4. ADES! Cam mana ni..pelangi jenis sempoi..tak mementing sangat pada penampilan =D

    ReplyDelete
  5. actually sometimes they call us 'akak',kak'..just to show some respect :)

    ReplyDelete
  6. @ nini : Betul tu... Saya pun pernah kena jgak macam tu... Saya jadi adik, adik pula yang jadi kakak...Bahagia sekejap...

    @ nurnajwa : owh... ada pengalaman ni..

    @ keroro : Hmm... boleh jadi jugak tu...

    @ laskar pelangi : haha... Takpe... Be yourself... ^^

    @ atiq atikah : Betul tu... Kita jgn pula terasa kalau org panggil kita kakak ke, adik ke... Kira bagus juga dia panggil macam tu... Buatnya dia panggil hoi2 je tak ke panas...^^

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe