Saturday, August 13, 2011

Bersama dengan yang Tua atau Muda..Apa bezanya?


Kadang-kadang, saya merasa senang berkawan dengan orang lebih tua dari saya. Orang yang sebaya dengan mak saya malah ada yang lagi tua dari emak saya. Sebab bagi saya mereka tidak sombong dan lebih matang. Tidak banyak soal dan saya pun tak kenal dengan latar belakang hidup mereka. Tidaklah saya terasa kalau mereka tidak menegur saya. Jika mereka pandang, saya senyum dan hormat kepada mereka.

Kadang-kadang, saya merasa senang berkawan dengan orang lebih muda dari saya. Orang yang sebaya dengan adik2 saya. Sikap mereka, tingkah laku mereka kadang2 membuatkan saya berfikir sejenak. Mereka mempunyai cara pemikiran yang tersendiri dan kadang2 kita sebagai orang dewasa pun tak terfikir. Golongan sebegini selalu berfikir diluar kotak dan bebas melakukan apa sahaja tanpa sebarang masalah. Bila jumpa golangan sebegini saya senyum, cuba bermesra dan mendalami minat mereka. Jadi tempat bergusti pun takpe (khas untuk adik2 saya sahaja).

Kadang-kadang, saya merasa kurang senang berkawan dengan orang yang sebaya dengan saya. Sebab mereka mempunyai stail tersendiri. Tidak macam saya yang agak kebelakang untuk memahami sesuatu keadaan ( lambat nak sedar ). Mereka ini jauh melangkah ke depan. Lebih sedar untuk belajar, lebih sedar untuk melangkah lebih jauh, lebih sedar untuk mencari pasangan di alam remaja, lebih sedar mempunyai gang tersendiri sehingga terlalu rapat sehingga saya tidak sedar yang saya ketinggalan semua itu. Yang menyedihkan mereka langsung tidak sedar yang saya membesar bersama dengan mereka, sekelas sama dengan mereka, pernah bermain sama2 dengan mereka. Mereka melupakan aku. Mereka langsung tidak ingat aku. Bila berjalan hanya berselisih bahu. Yang menyakitkan hanya aku yang ingat mereka tetapi mereka tidak mengingati aku. Jika mereka masih ingat aku pasti mereka tegur. Seperti kata kawan baikku, agaknya aku ni terlalu baik, bendul dan naif. Disebabkan itu aku telepas dengan segala keseronokan tersebut.

Kadang-kadang, saya merasa bersyukur... Kerana aku masih aku yang dulu dan aku tidak hanyut dalam alam dunia yang sementara dan penuh keseronokan ini. Terima kasih buat kawan yang sudi berkawan sehingga ke hari ini dan masih berada disampingku disaat susah mahupun senang. Terima kasih...

1 comment:

  1. tak kisah tua atau muda, yang penting buah fikiran yang mereka mampu lemparkan :)

    ReplyDelete

Apa yang ada dalam fikiran anda?
Sila luahkan. hehe